9-10 Disember 2011, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Program Kepimpinan Muda Bitara 2011 di Institut Latihan Islam (ILIM), Besut, Terengganu. Seramai 49 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan mahasiswa IPTA dan IPTS telah terlibat secara langsung dalam program tiga hari dua malam ini.
.
Pelbagai pengisian menarik telah dijalankan dalam program ini. Peserta didedahkan dengan teori kepimpinan Islami dan rasa tanggungjawab sebagai pemimpin kepada diri dan masyarakat sekeliling. Peserta juga didedahkan dengan permainan bermodul yang berfokus kepada latihan kepimpinan, komunikasi, pembinaan kumpulan dan kreativiti dalam memimpin. Malah, aktiviti night walk juga dijalankan bagi membina keyakinan diri peserta.
.
Persiapan terakhir AJK dan Fasilitator sebelum program.
Peserta dari KEPITAR.
Sesi riadhah oleh Sdr. Ridhwan.
Kuliah Marghrib oleh Sdr. Aliemran Norasid
Slot “Lau Kana Bainana” oleh Ust. Noryzal zainal Abidin
Aktiviti ‘Spider Web’.
Aktiviti lompat tali.
“Code Breaking”
“Kereta Api kertas”
“Pulau Harapan”
Ujian ketahanan emosi.
“War Game”
Sesi resolusi selepas “Night Walk”
.
Sepanjang program belangsung, para peserta telah memberikan respon yang baik, malah berharap agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ust. Noryzal Zainal Abidin selaku jurulatih program, Ust. Lukman Ibrahim (JAKIM), teman-teman fasilitator dan AJK pnggerak. Juga diucapkan Tahniah kepada semua peserta yang terlibat secara langsung didalam program ini. Moga program ini membawa manfaat yang besar untuk ummat. InsyaAllah.