Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

MENGAPA MASJID PERLU ADA JAWATANKUASA KHAS ORANG MUDA?

1. Dapat Menggalakkan Anak-Anak Muda Lebih Cenderung Untuk Dekat Dengan Masjid

Sebuah kajian di Masjid-Masjid Sekitar Kota Banjarmasin mengenai hubungan pengurusan masjid dan minat belia, didapati bahawa penglibatan anak muda dalam pengurusan (khususnya urusan pentadbiran) dapat:

a) Menarik minat belia yang ingin belajar
b) Bersosial dan menyumbang kepada komuniti
c) Membangkitkan minat belia untuk memakmurkan masjid


2. Dapat Menghidupkan Semula Peranan Masjid

Contoh Case Study masjid di Senegal.

(Masjid Baye Laye, Dakar, Senegal)

Masjid ini lesu – kurang kehadiran jemaah, isu pengurusan kewangan, sistem pentadbiran yang lama dan dipengaruhi politik.

Oleh itu, pemuda-pemuda cuba masuk urusan masjid dengan hikmah.

Tak gaduh, jaga sensitiviti dan memberi kedudukan yang sama rata, sama ada pada yang muda ataupun yang berusia

Apa Yang Jadi?

a) Masjid dihidupkan semula dan berjaya menarik kehadiran komuniti
b) Akauntibili dan transpirasi: Dana terkumpul dilaburkan pada perkara yang berimpak dan dilihat hasilnya
c) Wujudnya Social Committee untuk membantu masyarakat yang susah

3. Galakkan Daripada Rasulullah

Rasulullah SAW bersabda:

“Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. … pemuda yang menyibukkan dirinya beribadah kepada Allah SWT, seorang yang hatinya selalu terikat dengan masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisahnya kerana Allah … (Sahih Bukhari, Hadis No 620)

Walaupun hadis ini umum dan tidak merujuk kepada pemuda sebagai pentadbir di Masjid, namun keterlibatan mereka dalam Jawatankuasa masjid secara tidak langsung menyibukkan diri mereka dengan beribadah. Di Masjid mereka membina jiwa dan iman. bertemu dengan orang-orang soleh lalu diikat dengan tali persaudaraan, semua ini terkait dengan ciri-ciri yang dinyatakan dalam hadis diatas.


Apa Pendirian Kita?

Kita MENYOKONG cadangan penubuhan Jawatankuasa Khas Anak Muda di masjid, kerana ia bukan sekadar idea politik, tetapi keperluan struktur untuk memulihkan peranan masjid dan merapatkan jurang generasi.


Kenapa Ambil Pendirian Ini?

Ini selari dengan Islam, tidak asing daripada sejarah masjid Nabi ﷺ yang menunjukkan masjid ialah pusat pembinaan manusia dan masyarakat, dan belia sentiasa berada di barisan hadapan.

Maka, melibatkan belia dalam struktur masjid menghidupkan sunnah, bukan mencipta bidaah pentadbiran.

Ini disokong dengan bukti kajian (seperti di Senegal):

Apabila belia diberi tempat rasmi,

  • tadbir urus jadi lebih telus
  • program lebih relevan
  • konflik generasi dapat dikawal secara matang.

Ini juga jalan tengah, bukan pertembungan generasi.

Pendirian kita bukan menyingkirkan AJK sedia ada, tetapi:

  • melengkapkan kepimpinan masjid
  • membuka saluran suara belia secara hikmah
  • mengurus perbezaan melalui institusi, bukan emosi.

Kami juga menyeru mahasiswa-mahasiswa untuk terlibat dalam Jawatankuasa khas ini untuk bersama-sama kita mengimarahkan masjid-masjid di seluruh Malaysia.


HIDUP BIAR BERJASA!

Muhamad Adib Irfan bin Fazil
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Sesi 25/26


RUJUKAN:

  • Jaya, F. P. (2023). REVIEW OF COMMUNITY EMPOWERMENT AND YOUTH INTEREST IN MOSQUES: FOCUS ON MANAGING AND IMPROVING SERVICE QUALITY. www.jurnal.stie-aas.ac.id. https://doi.org/10.29040/ijebar.v7i2.10341
  • Selboe, E. (2010). Youth and Social change in Dakar, Senegal: Intergenerational differences and power battles in local mosques. Forum for Development Studies, 37(3), 365–383. https://doi.org/10.1080/08039410.2010.497934
  • View of youth and mosque: Exploring the views of youth on mosque activities in Gombak, Selangor. (n.d.). https://journals.iium.edu.my/al-itqan/index.php/al-itqan/article/view/228/126

Bacaan lanjut:

  • Dr. Jasser Auda. (2017). Reclaiming the Mosque: The Role of Women in Islam’s House of Worship – ia membincangkan bagaimana masjid perlu dikembalikan sebagai institusi komuniti, dengan tadbir urus yang lebih inklusif, beradab dan selari dengan prinsip maqasid syariah, termasuk peranan kumpulan yang sering terpinggir dalam ruang masjid.

ARTIKEL & BERITA PKPIM

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)