Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Objektif PKPIM

Sebuah badan induk persatuan pelajar Islam yang berdaftar di peringkat kebangsaan, maka PKPIM menggariskan beberapa objektif :
Menjadi satu badan yang mewakili pelajar-pelajar Islam Malaysia dalam melaksanakan cita-cita Islamiah.
Berusaha meninggi dan menyuburkan budaya ilmu dan mutu akademik pelajar serta memajukan kepentingan dan hak-hak menubuhkan persatuan pelajar
Mempererat dan merapatkan tali persaudaraan antara pelajar Islam di Malaysia.
Menjadi badan perantara menyatukan persatuan-persatuan pelajar Islam Malaysia.
Menjadi wakil untuk mengemukakan kesulitan, permintaan, rayuan dan tuntutan pelajar-pelajar Islam kepada pihak yang berkuasa dan badan-badan lain yang terlibat dalam perkara akademik, kebajikan, kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian pelajar Islam.
Membaiki taraf hidup pelajar-pelajar Islam di Malaysia
terutamanya mengenai hal-hal akademik, kaum dan bangsa.
Berusaha dengan giat dan aktif untuk kemajuan bangsa, agama dan negara.
Mewakili pelajar-pelajar Islam dalam persidangan persatuan pelajar Islam di luar negara serta merapatkan tali persaudaraan dan kerjasama dengan persatuan-persatuan lain yang sama dasarnya dengan PKPIM.

Modus Operandi PKPIM

PKPIM berperanan sebagai elemen penyatu kepada hal ehwal kebajikan dan pergerakan pelajar Islam di peringkat kebangsaan. Fokus pergerakan PKPIM adalah kepada pelajar-pelajar Islam untuk memperkukuhkan fahaman agama. Keahlian PKPIM terbuka kepada semua pelajar daripada peringkat menengah hingga ke atas. Jaringan keahlian PKPIM meliputi pelbagai institusi pengajian tinggi dan sekolah di seluruh Malaysia.

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)