Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PENGHINAAN TERHADAP AL-QURAN: SERUAN UNTUK TANGANI ISLAMOPHOBIA DENGAN HIKMAH DAN KETEGASAN.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius berkenaan isu yang tular terkait seorang mahasiswa di sebuah Universiti Awam di Pahang yang bertindak menghina kesucian al-Quran dengan memijak al-Quran serta mempamerkanya di dalam media sosial. Tidak sekadar itu, selain daripada menginjak dan mencemar kesucian kitab suci al-Quran mahasiswa tersebut juga telah melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di dalam platform media sosial ini. Isu ini sama sekali tidak boleh dipandang ringan dan enteng oleh semua pihak kerana perbuatan biadap ini telah mengguris hati Umat Islam khsususnya di Bulan Ramadan yang mulia ini.

PKPIM melihat perkara ini adalah hasil daripada naratif Islamophobia yang masih berakar dalam sebahagian individu yang berpunca daripada “kejahilan” terhadap konteks kehidupan masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama. Oleh itu, PKPIM mengesyorkan beberapa langkah ampuh dalam menangani masalah Islamophobia dan salah faham terhadap Islam di Malaysia ini dengan beberapa langkah:

  1. Tindakan dan hukuman tegas wajib diambil ke atas semua individu serta pihak yang berani menghina kesucian Agama Islam dan juga kepada pihak yang cuba menjadi pemecah belah kepada perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.
  2. Menggerakkan usaha serampang dua mata, dalam mensabitkan hukuman tegas pendidikan tentang nilai keislaman sebenar harus dilakukan kepada semua rakyat Malaysia.
  3. Memperkasa kefahaman dan penghayatan terhadap Fiqh Ta’yush dan Manhaj Maliziy sebagai langkah praktikal dalam mengatasi masalah Islamophobia dan penghinaan terhadap Agama Islam.

PKPIM ingin menegaskan, sejak dahulu negara Malaysia telah dibentuk daripada kerukunan masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama. Oleh hal yang demikian, PKPIM mengecam sebarang tindakan provokasi yang menghina agama sehingga boleh mencetuskan perbalahan sesame rakyat di Malaysia. Kemajmukan di Malaysia, sepatutnya tidak memberi ruang terhadap kewujudan Islamopohobia dan Rasisme!

HIDUP BIAR BERJASA!

Muhammad Syamil Bin Omar
Naib Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)