Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM ZAHIR DUKACITA ATAS INSIDEN KEMATIAN MURID DAN GESA SIASATAN TELUS SERTA PENGUKUHAN SOKONGAN PSIKOSOSIAL KEPADA WARGA SEKOLAH

  1. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menzahirkan rasa dukacita atas pemergian seorang murid Tingkatan Tiga di sebuah sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Kuala Kangsar, Perak pada 18 November 2026. PKPIM merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham serta mendoakan agar dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. PKPIM menyambut baik arahan YAB Perdana Menteri agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan semua pihak bertanggungjawab perlu bekerjasama sepenuhnya bagi siasatan dilaksanakan dengan baik tanpa sebarang spekulasi.
  2. PKPIM menyeru masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan maklumat yang tidak atau belum disahkan dan tidak menjadikan tragedi ini sebagai bahan sensasi, apa lagi dipolitikkan. Privasi keluarga harus dihormati dan diberikan keutamaan.
  3. PKPIM menggesa KPM agar mempertimbangkan pengukuhan perkhidmatan kesihatan dan sokongan psikososial di sekolah berasrama melalui kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta agensi kebajikan berkaitan. Antaranya penyediaan akses kepada jururawat sekolah (School Nurse), pekerja sosial dan pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja melalui mekanisme penempatan atau rujukan yang bersesuaian. Pendekatan bersepadu ini penting bagi memastikan masalah kesihatan fizikal, tekanan emosi dan risiko keselamatan murid dapat dikenal pasti lebih awal serta ditangani secara profesional dan berterusan.
  4. PKPIM menggesa agar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta sokongan psikososial yang berterusan disediakan kepada murid-murid khususnya yang mempunyai hubungan rapat dengan Allahyarham. Begitu juga dengan aspek kesejahteraan psikologi  para guru dan ibu bapa harus diambil kira dan diberikan ruang sebaiknya untuk mereka pulih.
  5. PKPIM menegaskan bahawa keselamatan, perlindungan dan kesejahteraan murid hendaklah sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap dasar dan pengurusan institusi pendidikan, seiring dengan usaha mencapai kecemerlangan akademik. Semoga tragedi ini menjadi iktibar dalam usaha memperkukuh budaya selamat di semua institusi pendidikan di negara kita.

MUHAMAD ADIB IRFAN BIN FAZIL

Presiden

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)