Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

USAHA KAJI SEMULA KEPERLUAN UPSR DAN PT3 OLEH KPM:PKPIM MENYERU UNTUK MENGEMBALIKAN SEMULA MAKNA DAN TUJUAN SEBENAR PENDIDIKAN

PKPIM cakna terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkenaan usaha kaji semula oleh Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap keperluan untuk mewujudkan semula UPSR dan PT3 pada hari ini. PKPIM turut melihat penubuhan semula “Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan” oleh KPM bertujuan melaksanakan kajian semula keperluan mengembalikan semula dua peperiksaan besar ini sebagai satu langkah responsif terhadap permintaan ibu bapa yang menginginkan UPSR dan PT3 ini dikembalikan. Walaupun cadangan untuk mengembalikan semula UPSR dan PT3 ini dilihat sebagai suatu langkah berimpak untuk mengembalikan semula semangat dan kesungguhan murid dalam pencapaian akademik, namun begitu kajian ini juga haruslah diteliti dengan baik agar makna sebenar pendidikan sebagai proses melahirkan insan beradab dapat seiring dengan usaha pengembalian semula UPSR dan PT3 ini.

Selaras dengan perjuangan pendidikan yang diangkat sejak awal oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan Kementerian Pendidikan hari ini bahawa pendidikan itu harus melahirkan insan yang memiliki “Karamah Insaniah”.

Oleh itu PKPIM mengesyorkan beberapa nilai utama yang perlu ditekankan dalam usaha kaji semula keperluan mengembalikan semula UPSR dan PT3:

1. Pengukuran sebenar makna kecemerlangan bukan diukur hanya pada pencapaian akademik semata, tetapi perlulah dilihat daripada sudut pembinaan akhlak mulia dan penerusan berbudaya ilmu dalam kalangan murid pendidik dan warga sekolah.

2. Usaha kaji keperluan mengembalikan semula UPSR dan PT3 harus bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mempunyai rujukan dasar pendidikan yang jelas dan tidak hanya sekadar berpaksikan desakan mana-mana pihak semata.

3. Kajian ini juga harus dilaksanakan secara komprehensif meliputi keadaan murid-murid, silibus pembelajaran terkini juga fleksibiliti para guru dalam mengajar bagi melihat lanjut keperluan sebenar untuk mengembalikan semula UPSR dan PT3.

PKPIM sekali lagi menegaskan bahawa usaha kaji semula keperluan UPSR dan PT3 ini harus bergerak seiring dengan tujuan sebenar pendidikan iaitu melakukan proses “Penta’diban” dalam usaha melahirkan insan yang memilik sifat “Insan Adabi”

HIDUP BIAR BERJASA!

MUHAMMAD SYAMIL BIN OMAR
Naib Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Sesi 25/26

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)