Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

KPT TIADA RANCANGAN MANSUHKAN AUKU: PKPIM MENGGESA SEMUA PIHAK BERUSAHA KE ARAH KEBEBASAN AKADEMIK DAN MENGHORMATI AUTONOMI MAHASISWA

PKPIM mengikuti perkembangan ucapan Yang Berhormat  Dato Seri Diraja Dr Zambry Abd  Kadir terkait Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 tiada perancangan daripada pihak kerajaan untuk memansukhkan auku. PKPIM turut cakna tentang pandangan sebahagian pihak tertentu  terutama pandangan oleh beberapa Naib Canselor di beberapa buah universiti yang beranggapan auku tidak perlu dimansukhkan serta kekal relevan kerana telah melalui  pindaan yang lebih fleksibel dan memberi sedikit autonomi kepada mahasiswa.

Walaupun auku telah melalui beberapa fasal pindaan akta, PKPIM mendapati terdapat kelopongan pada akta tertentu di dalam auku yang menyebabkan masih memiliki unsur kekangan terhadap autonomi kebebasan akademik, pentadbiran universiti dan mahasiswa seperti bahagian II (4)  dan (4 A) bahawa menteri berkuasa melantik jawatankuasa orang atau badan penyiasat serta badan yang boleh menasihati terkait pelantikan pelantikan Naib Canselor Universiti. Pada akta ini, PKPIM melihat ia sebagai pintu yang bakal membuka kepada ketirisan  pentadbiran universiti jika Naib Canselor yang dilantik memiliki kepentingan politik  tertentu seperti mana yang berlaku kepada beberapa buah universiti awam.

Begitu juga terkait akta bahawa Naib Canselor boleh menggenakan tindakan tatatertib terus kepada mahasiswa jika pada hemat Naib Canselor mahasiswa tersebut telah melakukan sesuatu yang memalukan universiti, pada hemat PKPIM ia sebagai ruang yang menyekat kebebasan mahasiswa sebagai rakan usaha sama dalam membangunkan universiti apatahlagi ia dikhuatiri akan membuka ruang sebagai suatu bentuk halangan pada perkara-perkara yang termaktub dalam hak kebebasan rakyat di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Oleh itu dalam menanggapi isu auku ini, PKPIM menyeru  kepada semua pihak terutama sekali pihak kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi untuk melihat isu auku ini secara koprehensif dengan tiga langkah yang boleh dicadangkan:

  1. Gesaan penubuhan dan  lantikan ahli jawatankuasa di setiap IPT yang terdiri daripada pakar undang-undang, ahli akademik, pentadbir unversiti dan ahli kesatuan mahasiswa   untuk melaksanakan kajian kesan dan implikasi auku terhadap kebebasan akademik di universiti.
  2. Menyemak kembali laporan terkait auku, terutama terkait mekanisme ke arah pemansukhan auku dalam mempersiapkan kemandirian universiti.
  3. Melibat uruskan semua Gerakan Mahasiswa sebagai pemegang taruh yang terlibat dalam menjadi penyemak imbang kepada keperluan sama ada pemansukhan mahupun pengekalan auku.

PKPIM sekali menegaskan untuk menjamin kualiti dan mutu pengajian tinggi di negara Malaysia tercinta ini, haruslah memilik sinergi daripada semua pihak dalam menggerakkan insitusi pengajian tinggi Malaysia ke arah mampu menjadi pusat kepada pembinaan ilmu kepada masyarakat.


HIDUP BIAR BERJASA!


Muhammad Syamil Bin Omar
Naib Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

ARTIKEL & BERITA PKPIM

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)