Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

KRISIS MINYAK GLOBAL: SERUAN PERPADUAN UMMAH DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius krisis minyak global yang semakin meruncing susulan serangan jahat Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran. Ketegangan ini bukan sahaja mencetuskan ketidakstabilan ekonomi dunia, malah memberi kesan langsung kepada kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia, khususnya dalam bentuk kenaikan kos bahan api petrol dan diesel. Sebagai langkah untuk menghadapi situasi ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan penurunan jumlah subsidi petrol melalui Budi MADANI dari 300 liter kepada 200 liter dan mengehadkan subsidi diesel di Sabah dan Sarawak, selain perlaksanaan inisiatif bekerja dari rumah secara berperingkat dan terpilih dalam sektor awam.

PKPIM menyambut baik pengumuman kerajaan sebagai langkah proaktif dalam pengurusan bahan api negara. Dalam keadaan rakyat beberapa negara jiran sudah menderita akibat terputusnya bekalan api di negara mereka, PKPIM berpendapat langkah sementara ini perlu diambil bagi memastikan Malaysia terus bertahan dalam mendepani konflik global ini.

Justeru, PKPIM menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersatu padu dalam menghadapi krisis ini tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik serta menjauhi budaya politik sempit dan saling menyalahkan. PKPIM juga menggalakkan rakyat Malaysia memperdalam pengetahuan tentang konflik ini melalui sumber-sumber yang sahih dan menolak budaya penyebaran maklumat palsu yang hanya akan memburukkan keadaan dan menjejaskan kestabilan sosial.

Ayuh kita sama-sama berdoa agar konflik ini berakhir dalam masa terdekat dan kemakmuran ekonomi negara dapat dipacu semula demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

HIDUP BIAR BERJASA!

Amirul Firdaus bin Mosni
Naib Presiden Antarabangsa
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Ilmu Sebagai Kompas, Budi Sebagai Penawar

    Asasnya, dalam mencari lubuk lubuk pengetahuan, sememangnya kita diberi pilihan adakah kita mencari pengetahuan untuk menjalankan amanah tanggungjawab kita, sebagai khalifah, atau mencari cari harga [...]
    Read more

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)