Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius rentetan laporan media antarabangsa (Bloomberg) baru-baru ini yang membangkitkan persoalan besar mengenai integriti, pemilikan saham dan dakwaan campur tangan dalam urusan penguatkuasaan membabitkan kepimpinan tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sebagai wadah perjuangan mahasiswa yang meletakkan nilai Adab dan Ilmu sebagai teras, PKPIM menegaskan bahawa institusi pencegahan rasuah tidak boleh dibiarkan terpalit dengan sebarang persepsi negatif yang boleh meruntuhkan kepercayaan rakyat dan komuniti antarabangsa.
Sehubungan itu, PKPIM menggariskan tiga (3) tuntutan utama demi menjamin keutuhan negara:
PKPIM ingin mengingatkan bahawa integriti bukan sekadar slogan, tetapi ia adalah amanah dan tiang seri keutuhan negara. Sekiranya benteng terakhir melawan rasuah ini retak, maka runtuhlah keyakinan pelabur, pincanglah sistem pentadbiran dan yang paling utama, masa depan generasi muda akan tergadai akibat budaya normalisasi salah guna kuasa.
Kami menyeru seluruh mahasiswa dan rakyat Malaysia untuk terus cakna dan tidak berkompromi dalam isu integriti. Malaysia memerlukan sebuah agensi anti-rasuah yang bukan sahaja berdedikasi dan komited tetapi bersih daripada sebarang ketirisan.
HIDUP BIAR BERJASA
Muhamad Adib Irfan Bin Fazil
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)