Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PERUTUSAN AIDILFITRI 1441H PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

1 Syawal 1441H bersamaan 24 Mei 2020

Malam ini, menandakan bermulanya sambutan Aidilfitri buat rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam seluruh dunia. Aidilfitri adalah peluang terbaik bagi refleksi diri dan tanda kegembiraan selepas berpuasa dan beribadah sepanjang bulan Ramadhan.

Aidilfitri adalah soal penzahiran rasa syukur kepada Allah SWT dan waktu terbaik untuk berhimpun bersama keluarga yang tercinta.

Umat Islam dan masyarakat global sedang berhadapan dengan pandemik COVID19 yang sedang menguji proses ketamadunan manusia. Marilah kita mendoakan agar seluruh masyarakat global diberi kekuatan untuk bangkit menghadapi dampak dan kesan COVID19.

Tidak kita lupakan nasib masyarakat Islam yang menyambut Aidilfitri dalam kancah peperangan, ketidakstabilan negara dan juga yang sedang berhadapan dengan krisis pelarian. Dalam menghadapi perkara ini, marilah kita bersama-sama bersolidariti dan melindungi antara satu sama lain atas semangat ikatan persaudaraan satu umat.

Raikan Aidilfitri kali ini dengan menjunjung tinggi etika agama dan tradisi masyarakat Melayu. Ekspresikan rasa sayang dan kegembiraan dengan mengamalkan resam baharu sambutan Aidilfitri.

Jaga jarak, tidak perlu merentas negeri. Gunakan pelitup muka dan manfaat aplikasi atas talian dan teknologi untuk mengeratkan talian silaturrahim sesama insan. Jadikan jarak sebagai inspirasi yang menguatkan kita untuk terus kekal bahagia.

Semoga Madrasah Ramadhan menjadikan kita sebagai hamba Allah yang Rabbani dan diberi kekuatan untuk meneruskan amal ibadah yang dilakukan pada bulan-bulan seterusnya.

Akhir kata, Saf Qiadah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua warga keluarga besar PKPIM-ABIM-WADAH seluruh negara, rangkaian institusi dan agensi jamaah, rakan jaringan tempatan dan antarabangsa, dan teristimewa buat rakan-rakan mahasiswa dan belia Malaysia.

Eid Mubarak!

AHMAD FARHAN ROSLI
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)