Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PTPTN & UNISEL ; HAK PELAJAR PERLU DIPERTAHANKAN

SIARAN MEDIA

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA

17 REJAB 1433H BERSAMAAN 7 JUN 2012M

 

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang isu pembekuan pinjaman kepada mahasiswa UNISEL sebagai satu lagi tragedi kependidikan dan hak kebajikan pelajar. Sikap pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menggantung pinjaman pendidikan kepada pelajar baru UNISEL ini dilihat suatu penafian hak kepada pelajar UNISEL dan lebih dilihat sebagai satu keputusan politik murahan.

PKPIM berpandangan pihak PTPTN seolah-olah tidak matang dan professional dalam membuat pertimbangan sedemikian. PTPTN perlu bijak dalam mendepani masalah-masalah yang berkaitan isu politik dan juga hal-hal yang berkaitan dengan tanggungjawab kerajaan persekutuan dan peranan kerajaan negeri khususnya melibatkan pemberian pinjaman pendidikan.

PKPIM menggesa agar isu ini perlu ditangani dengan segera. Hal-hal yang berkaitan mengenai kebajikan pelajar perlu diletakkan pada perhatian yang pertama sebelum menghukum dari demensi politik yang sangat menyimpang dari kepentingan pelajar itu sendiri.

PKPIM menyeru agar pihak berwajib mengambil langkah sewajarnya dalam membela nasib dan pelajar lain agar isu pendidikan ini tidak dipolitikkan dan menjadi barah yang merebak ke seluruh kampus yang lain terutamanya melibatkan negeri-negeri tertentu di bawah Pakatan Rakyat.

Oleh yang demikian, PKPIM menggesa pihak PTPTN agar menarik semula pembekuan berkenaan dan memberikan penjelasan yang tuntas berkenaan isu ini agar tidak memudaratkan dan menjaga kebajikan seluruh pelajar. Bukankah  objektif  PTPTN  adalah memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat kerajaan bahawa tidak ada pelajar-pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan?

PKPIM merasakan bahawa universiti perlu kembali segar sebagai wahana pencerdasan dan pemerkasaan bangsa,sifatnya sebagai non-partisan institution harus dipelihara dan selamanya dipertahankan manakala peranan kerajaan seharusnya lebih bersifat membantu dan membimbing, tidak terlalu mengawal atau mengongkong.

MOHD SHAZNI ABDULLAH
Setiausaha Agong
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
2011/2012

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)