Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM UCAP TAHNIAH KEPADA PALESTIN

KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
1 DISEMBER 2012 / 17 MUHARAM 1434H

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik dan merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat Palestin dalam penantian keputusan lebih 65 tahun oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah memberikan status negara pemerhati bukan anggota kepada Palestin tanpa melalui Majlis Keselamatan di mana Amerika Syarikat melalui sekutunya Israel mempunyai kuasa veto.

Keputusan bersejarah ini menunjukkan sejumlah 138 negara menyokong usul yang dibentangkan oleh Presiden Mahmoud Abas manakala 41 buah negara lagi enggan mengundi dan berkecuali termasuk Singapura dan sembilan Negara menentang usul ini.

PKPIM memandang bahawa kejayaan diplomasi dan solidariti dunia dengan memberikan ‘sijil kelahiran’ atau ‘lesen sementara’ kepada Palestin sebelum menjadi negara yang merdeka dan berdaulat dilihat sebagai tamparan hebat kepada Zionis.

Tindakan angkuh dan sombong Zionis ini dapat dilihat dengan kelulusan segera pembinaan 3000 unit rumah di Jerusalem dan di Tebing Barat seusai pengiktirafan Palestin sebagai negara pemerhati.

Oleh yang demikian, komitmen dunia Islam khususnya untuk memberi tekanan diplomasi amat perlu dalam menyelesaikan konflik kemanusiaan yang  tidak berkesudahan ini memandangkan perjalanan penting bagi Palestin untuk  mendapat hak menjadi negara merdeka dan berdaulat serta hak untuk hidup aman dan bermaruah.

PKPIM ingin menyeru kepada dunia Islam khususnya gerakan Islam untuk bersatu dan bekerjasama dengan ‘dunia Barat’ dengan lebih agresif dan taktikal. Ini kerana gerakan ‘anti Zionis’ sudah mulai merebak dan mendapat sokongan terbanyak khususnya melibatkan gerakan progresif yang memperjuangkan keadilan sejagat (global justice).

PKPIM memandang bahawa suara, pandangan dan protes Palestin selepas ini perlu didengari dan akan diiktiraf oleh PBB. Melalui pendekatan ini, dunia menunggu samada Palestin akan lebih berani dan lantang untuk menyuarakan hak mereka khususnya untuk menjadi ahli di International Criminal Court (ICC) dan seterusnya mengheret Israel ke Mahkamah pengadilan ini di Hague.

AHMAD FAHMI BIN MOHD SAMSUDIN
PRESIDEN
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)