Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM SYOR SEMAK SEMULA DASAR LATIHAN INDUSTRI KPT

ISU PELAJAR LATIHAN
INDUSTRI : PKPIM SYOR SEMAK SEMULA DASAR LATIHAN INDUSTRI KPT

1. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meneliti permasalahan membabitkan kebajikan para mahasiswa yang menjalani latihan industri.

2. PKPIM berpandangan KSM dan KPT harus bekerjasama bagi mencari penyelesaian terbaik melalui tindakan pentadbiran serta mengguna pakai peruntukan undang-undang sedia ada. Ini termasuklah peruntukan khas Seksyen 3 terkait kuasa Menteri Sumber Manusia bagi memasukkan pelajar latihan industri dalam kategori “quasi-worker”.

3. PKPIM memberi peringatan kepada syarikat-syarikat yang menggunakan khidmat pelatih industri agar memastikan kebajikan para pelatih terjaga daripada segi makan-minum, waktu bekerja dan akses perlindungan sosial.

4. PKPIM mencadangkan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia dapat duduk semeja bagi meneliti semula Dasar Latihan Industri Negara 2010. Ini termasuklah perihal berkaitan imbuhan latihan, cuti rehat dan waktu jam berkhidmat.

5. Akhirnya, PKPIM mencadangkan program latihan industri ditambah baik dengan memperkenalkan Skim Latihan Industri Madani (SLIM), sebuah inisiatif latihan berterusan dan bersifat fleksibel serta memastikan kebajikan para mahasiswa terjaga.

AHMAD FARHAN BIN ROSLI,
PRESIDEN,
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)