Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM MENYOKONG AFRIKA SELATAN MELAWAN ISRAEL DI MAHKAMAH KEADILAN ANTABANGSA

Bertarikh: 12 Januari 2023 (Jumaat) bersamaan 30 Jamadilakhir 1445H

KENYATAAN MEDIA PKPIM MENYOKONG AFRIKA SELATAN MELAWAN ISRAEL DI MAHKAMAH KEADILAN ANTABANGSA

1. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sentiasa mengambil cakna dan memperjuangkan isu-isu Palestin.

2. Pada 11 Januari 2024 (Khamis), Afrika Selatan telah membawa kes di hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa menentang Israel, di bawah Artikel 2(a), Konvensyen Genosid Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Genocide Convention 1948). Perlakuan terkutuk Israel ini telah melanggar undang-undang antarabangsa di bawah konvensyen ini.

3. PKPIM berpendirian menyokong tindakan Afrika Selatan yang telah membawa Israel ke muka pengadilan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa ini, sekaligus menjadi entiti antarabangsa pertama di dunia setelah 75 tahun yang mengambil tindakan ini. Keputusan Mahkamah, jika berpihak

kepada Afrika Selatan bakal mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN Security Council) untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin.

4. Agar dengan tindakan yang dilakukan ini dapat membuka ruang dan jalan yang cerah untuk menuju kemerdekaan rakyat Palestin.

Hidup Biar Berjasa!

Muhammad Dzul Aiman Bin Zulkefly

Presiden

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)