Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM MENYERU AGAR  MAHASISWA ISLAM KEKAL TENANG, INSTITUSI MAHKAMAH SYARIAH TIDAK TERJEJAS

Bertarikh: 9 Februari 2024 (Jumaat) bersamaan 28 Rejab 1445H

KENYATAAN MEDIA

PKPIM MENYERU AGAR  MAHASISWA ISLAM KEKAL TENANG, INSTITUSI MAHKAMAH SYARIAH TIDAK TERJEJAS

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengikuti perkembangan kes yang membabitkan perayu Nik Elin Zurina Binti Nik Abdul Rashid di Mahkamah Persekutuan. PKPIM memahami kerisauan serta kegusaran yang dihadapi oleh umat Islam terutama buat mahasiswa Islam.

PKPIM menyeru agar mahasiswa Islam di Malaysia untuk kekal dalam keadaan tenang dan elakkan diri daripada terlibat sebarang gerakan yang boleh menimbulkan kerisauan serta kegusaran orang awam terutama buat mahasiswa-mahasiswa Islam di seluruh Malaysia.

PKPIM menyokong kenyataan YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang telah menggariskan langkah-langkah untuk melaksanakan pemerkasaan Mahkamah Syariah.

PKPIM ingin memaklumkan semula bahawa kes ini tidak mengganggu gugat kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah akan tetapi menekankan pengkhususan bidang kuasa Dewan Undangan Negeri untuk menggubal perundangan tersebut.

PKPIM juga menyeru kepada seluruh mahasiswa agar sentiasa budaya semak imbang dan tabayyun dalam sesuatu isu sebelum dibangkitkan agar tidak memberi mudarat pada masa akan datang.

PKPIM sentiasa bersiap sedia dan sambut baik untuk melibatkan diri serta menjadi rakan sinergi mewakili suara mahasiswa Islam dalam proses pemerkasaan hal ehwal pentadbiran agama Islam melalui Jawatankuasa Khas untuk menggubal undang-undang yang dipengerusikan oleh mantan Ketua Hakim Negara Tun Dato’ Seri Zaki bin Tun Azmi demi masa depan umat Islam di negara ini.

Hidup Biar Berjasa!

Ahmad Syahir bin Abdul Razak

Setiausaha Agung

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)