Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM JUNJUNG KASIH TITAH BAGINDA SULTAN SELANGOR

KENYATAAN MEDIA PKPIM

29 Ogos 2023, Selasa

PKPIM JUNJUNG KASIH TITAH BAGINDA SULTAN SELANGOR

1. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merafak sembah dan menjunjung kasih titah 

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-70.

2. PKPIM menjunjung kasih Tuanku

atas hikmah dan kebijakasanaan dalam mengungkapkan persoalan Islam semasa membabitkan isu kalimah Allah, perundangan syariah, pengurusan halal, pendidikan Islam dan usaha menzahirkan Islam sebagai agama damai dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia.

3. Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM menyambut baik usaha kerajaan perpaduan dalam pengislahan JAKIM sebagai institusi utama negara. Ini termasuklah cadangan pengaktifan semula Badan Perunding Islam bagi menghimpunkan Ilmuan dan cendekiawan rentas bidang dalam meneliti peranan menjadikan JAKIM sebagai tonggak pembangunan Malaysia MADANI.

4. Keprihatinan institusi MKI terkait persoalan fitnah dan politik adu domba wajar diberi perhatian. Justeru, PKPIM menyeru seluruh rakyat terus berpadu tenaga memastikan kemajuan serta keharmonian negara terus utuh.

Hidup Biar Berjasa !!!

Ahmad Farhan Bin Rosli,

Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)