Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM BANTAH ACARA PINK DOT PENANG 2014

KENYATAAN MEDIA

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA

14 MAC 2014 / 12 JAMADIL AWWAL 1435H

 

PKPIM BANTAH ACARA PINK DOT PENANG 2014

PKPIM membantah penganjuran pesta seks songsang “Pink Dot Penang 2014” yang akan dijangka berlangsung pada 29 Mac 2014 nanti. Acara ini seolah-olah mempromosikan dan meraikan golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) yang sememangnya amat bercanggah dengan nilai-nilai kebudayaan, kepercayaan dan kefahaman pelbagai agama di Malaysia.

Berdasarkan poster yang tersebar luas dalam internet, acara ini hanya mengenakan bayaran sebanyak RM 20 – RM 45, dan ianya seolah-olah memberi laluan mudah kepada mahasiswa dan golongan pelajar untuk hadir. Oleh hal yang demikian, acara ini seolah-olah mencabar nilai kepemudaan, dan kepercayaan hidup beragama rakyat Malaysia khususnya. Walaupun tidak dinyatakan had umur dalam poster yang dimuatnaik di dalam internet, namun kami yakin acara sebegini bertujuan menarik golongan muda untuk hadir dan seterusnya akan meruntuhkan nilai-nilai moral dalam kalangan anak muda di Malaysia yang pelbagai agama dan bangsa. 

Sebagai masyarakat Malaysia yang hidup beragama, PKPIM yakin kesemua agama tidak bersetuju dengan penganjuran acara sebegini yang menyeru persamaan hak bagi komuniti LGBT agar hubungan sesama jenis tidak dianggap suatu yang negatif. 

Justeru, PKPIM berharap agar pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dapat membatalkan acara sebegini yang meruntuhkan nilai ketamadunan bangsa Malaysia. Tambahan, PKPIM juga telah membuat laporan polis agar siasatan dilakukan kerana acara ini bercanggah dengan Prinsip Rukun Negara yang Lima serta mecabar kewibawaan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam dan agama-agama lain sebagai teras nilai kenegeraan.

Khairul Anuar bin Abdul Manap

Setiausaha Agung

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

10014616_694974120554689_1739254424_n

Dari Kiri: Ahmad Nazrin (PSUA1 PKPIM), Anuar Manap (SUA PKPIM), Faisal Aziz (SUA ABIM), Ahmad Fahmi (PSUA ABIM), Che Din (ABIM)

 

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)