15 PERTUBUHAN PELAJAR SOKONG x
Mewakili pelajar-pelajar seluruh negara, Kami menyambut baik dan menyatakan sokongan kami terkait pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dilaksanakan di seluruh negara.
Penganjuran Minggu Solidariti Palestin ini bertepatan dengan usaha penerapan elemen Pendidikan Kewarganegaraan Global yang menekan soal memberi peluang kepada pelajar daripada setiap lapisan usia untuk berperanan secara aktif dalam membangunkan masyarakat yang lebih aman, toleran dan inklusif.
Melalui Minggu Solidariti Palestin ini juga, kami berharap para pelajar dan para guru dapat didedahkan dengan nilai keprihatinan isu semasa selain membugar nilai ihsan dan kebertangggunjawaban sosial kepada warga global.
Oleh demikian, penganjuran Minggu Solidariti Palestin wajar disokong dan pelbagai kegiatan yang mempromosikan mesej keamanan sejagat dan kemanusiaan wajar diteruskan.
Kami berharap penyampaian maklumat dan proses pelaksanaan program-program seumpama ini dapat ditambah baik bagi memastikan tidak timbul sebarang polemik yang merugikan dalam kalangan masyarakat awam.
Kenyatan ini dikeluarkan secara bersama oleh:
1. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
2. Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS)
3. Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan (PPINS)
4. Persatuan Pelajar Islam Melaka (PEPIM)
5. Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP)
6. Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS)
7. Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Pulau Mutiara (PEMBIMBING)
8. Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ)
9. Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP)
10. Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN)
11. PKPIM Sabah
12. PKPIM Kedah
13. PKPIM Terengganu
14. PKPIM Perlis
15. PKPIM Kelantan
Hidup Biar Berjasa!!!