Bertarikh : 11 Disember 2023 (Selasa) bersamaan 27 Jamadilawal 1445H
KENYATAAN MEDIA
SEMPENA IJTIMAK HARAKIY KALI KE-7 WADAH-ABIMj- PKPIM DAN
MAJLIS PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN (MPAT) PKPIM KALI KE-62
1. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah selesai melaksanakan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) kali ke-62 bersempena Ijtimak Harakiy kali ke-7 yang bertempat di DKB 2, Fakulti Sains Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.
2. MPAT62 telah dihadiri seramai 250 perwakilan dan pemerhati dari 14 Badan Gabungan Negeri (BGN) PKPIM dan 9 PKPIM Kampus.
3. MPAT kali ini mengangkat tema Ketamadunan Malaysia 2057: Jejak Kebangkitan Baharu Malaysia MADANI. PKPIM sentiasa bersedia dalam mempersiapkan pemimpin-pemimpin muda yang akan memegang di setiap posisi penting pada masa hadapan demi keberlangsungan dakwah dan islah.
4. Menuju satu abad Malaysia 2057 bererti menuju kematangan dan ketamadunan yang tinggi sama ada dari segi pemikiran intelektual, budaya dan budi pekerti, kebebasan dari korupsi serta membina tamadun khayra ummah.
5. MPAT kali ini turut menyaksikan perubahan tampuk kepimpinan dengan pemilihan Muhammad Dzul Aiman Bin Zulkefly sebagai Presiden PKPIM bagi sesi 2023-2024.
6. PKPIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh perwakilan dan pemerhati, para panitia pelaksana dan individu yang terlibat secara langsung mahupuntidak langsung dalam menjayakan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) kali ke-62.
Hidup Biar Berjasa !
AHMAD SYAHIR BIN ABDUL RAZAK,
Setiausaha Agung,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Sesi 2023/2024