Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

KONFLIK DI GAZA: PKPIM SERU USUL KHAS DI PARLIMEN

9 Oktober 2023 | Isnin

1. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengecam sekerasnya keganasan berterusan oleh Israel terhadap penduduk Palestin sejak tahun 1948. 

2. Serangan yang dilancarkan oleh Israel telah melanggar undang-undang Antarabangsa dan tidak menghormati resolusi yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan konflik Israel-Palestin. Ini telah mencabar peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai sebuah pertubuhan yang bertanggungjawab memastikan keamanan sejagat.  

3. Atas nama kemanusiaan & hak asasi manusia, PKPIM menyeru masyarakat sedunia untuk memberi tekanan yang berterusan menentang tindakan pengecut Israel dan mengangkat keadilan untuk seluruh rakyat Gaza. Segala sekatan harus ke atas Gaza ditamatkan bagi memberi akses bantuan kemanusiaan, bantuan perubatan & keperluan asas untuk membantu rakyat-rakyat Palestin yang terkesan. 

4. PKPIM mengesyorkan kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan utama sebagai pendamai bagi mengurangkan dampak peperangan berterusan antara kedua-dua pihak seterusnya membawa kepada penyelesaian rundingan keamanan.

5. PKPIM juga menggesa Kaukus Palestin Parlimen Malaysia mengemukakan usul khas di bawah Peraturan Mesyuarat 18 bagi menyatakan pendirian dan tanda sokongan & solidariti tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam Sidang Dewan Rakyat kali ini.

5. PKPIM sekali lagi menyatakan setinggi-tinggi sokongan terhadap rakyat Palestin dan perjuangan mereka. Kebebasan kemerdekaan masyarakat global tidak akan lengkap selagimana Palestin tidak dibebaskan.

Hidup Biar Berjasa.

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)