Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

KENYATAAN MEDIA PKPIM MENYAMBUT USAHA FLYSISWA, PENGANGKUTAN MESRA MAHASISWA HARUS DIPERKASAKAN

Bertarikh: 3 Mei 2024 (Jumaat) bersamaan 24 Syawal 1445H

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyelurusi kenyataan Kementerian Pengangkutan Malaysia (Ministry of Transport-MOT) terhadap penerusan inisiatif FLYSiswa; subsidi penerbangan bagi memelihara kebajikan Mahasiswa Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pembelajaran di Semenanjung Malaysia.

Inisiatif FLYSiswa 2024 ini telah diluluskan di dalam Belanjawan 2024 oleh YAB DS Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bagi membantu lebih dari 60,000 Mahasiswa IPTA, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru dan Politeknik melibatkan Kementerian Pengangkutan bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Hal demikian ini, PKPIM tetap terus menyambut usaha baik MOT ini dan Mahasiswa boleh tebus terus inisiatif FLYSiswa bersasar bermula dari tanggal 2 Mei 2024 sehingga 30 November 2024.

PKPIM juga siap siaga menghulurkan tangan bersama MOT bagi memudahkan segala kebajikan pelajar menara gading di seluruh negara terutama melibatkan Pengangkutan Mesra Mahasiswa. Justeru, PKPIM menggesa MOT wujudkan pembentangan pelan tindakan jangka masa depan bertumpukan Mesra Mahasiswa dan Anak Muda serta diberikan 50 peratus diskaun pembayaran bagi Mahasiswa mengambil Lesen Belajar Memandu (LDL) secara bersyarat dan bersasar.

PKPIM berharap dengan inisiatif FLYSiswa dan Mesra Mahasiswa ini dapat mengurangkan beban golongan kurang mampu dan istimewa, natijahnya dapat memberikan keberlangsungan dalam menempuhi pembelajaran di peringkat nasional.

Hidup Biar Berjasa!!!

Muhamad Nazmi Bin Ab Rahim
Timbalan Presiden PKPIM

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)