Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

KENYATAAN BALAS PENGERUSI HAL EHWAL SISWI (HEWI) PKPIM UIAM GOMBAK BERKAITAN RATU CANTIK MEMPERTIKAI FATWA

Hal Ehwal Siswi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( HEWI PKPIM) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak merujuk kepada kenyataan salah seorang dari finalis Pertandingan Ratu Cantik 2013, Sara Amelia Bernard yang dikeluarkan pada 22 Julai 2013 berhubung dakwaan fatwa Pertandingan Ratu Cantik adalah lapuk.

Fatwa yang diwartakanpada 8 Februari1996 menyatakan adalah haram dan berdosabagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik.Ini berdasarkan kepada nas-nas yang dikemukakan mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa menyertai dan menganjurkan peraduan ratu cantik adalah haram di sisi Islamdan  fatwa ini adalah di bawah perlindungan peruntukan Seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah–Wilayah Persekutuan)1993.

Provokasi dan spekulasi terhadap isu fatwa pengharaman ratu cantik kepada orang Islam seharusnya dihentikan. Tindakan mempertikaikan kedudukan institusi fatwa dari sudut perundangan adalah tidak mengikut pandangan syarak dan tidak merujuk kepada undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan.

Adalah tidak sepatunya timbul dakwaan wujudnya diskriminasi dalam fatwa atau hukum yang dikeluarkan sama ada berasaskan double standard,gender,situasi atau sebagainya jika kita benar-benar memahami nas-nas syarak tentang hukum itu. Dalam membicarakan hukum-hakam Islam, semua pihak perlu ingat bahawa ia tidak boleh dibicarakan dan dibahaskan sewenang-wenangnya oleh golongan tidak berkelayakan dalam bidang agama kerana boleh menimbulkan kacau-bilau dan salah faham terhadap ajaran Islam sehingga mencalarkan maruah agama dan umat Islam seluruhnya.

Menjadi tugas semua masyarakat, isuwanita Muslim dilarang menyertai pertandingan ratu cantik memang jelas dilarang oleh Islam dan sudah dimaklumkan kepada semua pihak bahawa ia melibatkan peragaan tubuh badanwanita di khalayak bukan muhrim.Sebagai seorang yang beragama Islam, telahmenjadikewajipanuntukmematuhihukum Allah atau menghindarkan diri daripada terjebak dengan perlakuan yang bersalahan dengan hukum ditetapkan secara qati’e dalam al-Quran dan hadis.

HEWI PKPIM UIAM Gombak tidak menunding jari pada hanya satu pihak dan melihat isu ini dalam konteks yang sempit. Persoalan-persoalan oleh peserta-peserta ratucantik Malaysia memang ada kewajarannya apabila kita sendiri dapat melihat ketidak seragaman penguatkuasaan undang-undang yang telah digubal di negara kita.Masyarakat berpecah, bergaduh, bertelingkah disebabkan undang-undang menghukum secara tidak adil. Bila ketidakadilan mula berlaku, maka kita boleh tengok masyarakat rosak.

Ironinya, tidak dapat dinafikan apabila sesuatu perkara melibatkan orang awam rakyat biasa yang tiada kepentingan, kuasa, pangkat, harta, duit dan kedudukan,ramai yang bertegas untuk melaksanakan fatwa tersebut walaupun tiada enakmen undang-undang untuk menyokong dasar fatwa tersebut. Tetapi apabila perkara-perkara yang melibatkan pemimpin yang berkuasa, orang kaya, kepentingan peniaga, orang-orang tertentu kita sendiri mampu melihat kekenduran dalam melaksanakan fatwa meskipun terdapat enakmen-enakmen tertentu yang dibuat untuk menyokong tindakan keatas pesalah-pesalah ataupelanggar-pelanggar fatwa tersebut. Contoh mudah, fatwa rokok.Contoh kompleks, isu demo dan ketidak adilan polisi dan sistem kerajaan yang seringkali dihadapi oleh rakyat terbanyak di Negara kita. Harus difahami dan diakui,undang-undangs ebagai instrumen yang sangat penting untuk kita tekankan; sebab itu dalam prinsip pentadbiran Islam, keadilan adalah benda paling utama.

HEWI PKPIM UIAM Gombak berpandangan bahawa penekanan pada isu ini perlu diberi perhatian dari semua pihak. Peragaan tubuh badan wanita di khalayak bukan muhrim merupakan salah satu faktor daripada banyak faktor-faktor lain yang menyumbang kepada jenayah seksual. Tidak semua mereka yang berpakaian tidak menutup aurat atau terdedah itu semestinya menjadi mangsa, akan tetapi merupakan salah satu daripada faktor menyumbang kepada masalah gangguan seksual. Selain itu juga, pakaian yang terdedah itu turut menimbulkan rangsangan kepada lelaki-lelaki di persekitarannya.

Kami menyeru agar masyarakat kembali menjiwai makna penghayatan iman dan kembali kepada agama seterusnya muslimah berfungsi untuk mengundang seramai mungkin mereka yang berlainan pendiriandengan Islam agar memahami kebenaran dan keadilan prinsipsyarak di dalam Islam.

Dalam pada itu, HEWI PKPIM UIAM Gombak juga menyokong sepenuhnya gesaan dari Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) agar kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik dan mengharapkan perhatian diberikan olehpihak berkuasa keatas cadangan ini.

HEWI PKPIM UIAM Gombak turut melahirkan rasa pujian atastindakan Sara yang memohon maaf tetapi menasihati agar lebih berhati-hati pada masa hadapan dalam mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan ajaran agama dan sensitiviti umat Islam. Namun, kami menyatakan bahawa respon ini bukan hanya sekadar untuk menafikan dakwaan yang dikeluarkan finalis tersebut, tetapi lebih melihat isu ini dalamdimensi yang lebih luas.

HEWI PKPIM UIAM Gombak bertegas bahawa eksploitasi wanita yang semakin berleluasa dalam dunia akhir zaman ini wajib dihentikan dari semasa ke semasa dan digantikan dengan didikan adab sopan dan budi pekerti yang mulia demi kemakmuran muka bumi Allah dalam usaha mewujudkan Baldatun Thayyibatun wa Rabbun Ghafur.

HIDUP BIAR BERJASA

Wan Nur Hidayah binti Wan Zulkifli
Pengerusi Hal Ehwal Siswi (HEWI)
PKPIM UIAM Gombak
Sesi 2012/2013

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)