Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Kembali semula kepada sistem STAM – PKPIM

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mendesak Kementerian Pengajian Tinggi agar kembali kepada kaedah asal dalam urusan penghantaran pelajar Malaysia bagi menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir.

Ini kerana sejak tahun 2010, kerajaan membenarkan pelajar ke Al-Azhar melalui Yayasan Sofa tetapi sejak 2012, tiada lagi pelajar yang dihantar ke Al-Azhar oleh Kementerian Pengajian Tinggi sedangkan penghantaran pelajar dalam bidang perubatan ke Jordan, Mesir dan Maghribi masih ada.

Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, kaedah terbaik dalam menilai seseorang pelajar sama ada layak untuk meneruskan pelajaran ke Universiti Al-Azhar adalah melalui Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Ini kerana sistem peperiksaan STAM dinilai melalui gred-gred tertentu yang memenuhi standard untuk memastikan kualiti pelajar yang layak untuk meneruskan pelajaran ke universiti berkenaan,” katanya ketika dihubungi oleh Mingguan Malaysia hari ini di sini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas, Datuk Abu Bakar Chik berhubung penghantaran pelajar ke Universiti Al-Azhar yang kini dikendalikan oleh Yayasan Sofa.

Ahmad Fahmi berkata, Yayasan Sofa masih belum mencapai standard untuk diberi kuasa dalam menentukan kelayakan pelajar-pelajar ini.

“Ini kerana tujuan asal penubuhan yayasan itu untuk menjadi nadi kepada aspek-aspek pembangunan modal insan, pendidikan dan penyelidikan ilmu-ilmu Islam berasaskan kepada tiga sendi agama iaitu Iman, Islam dan ihsan masih lagi dipersoal.

“Jika benar yayasan ini pilihan terbaik dalam menentukan kelayakan pelajar kita dalam melanjutkan pelajaran terutama dalam bidang pengajian Islam, maka hapuskan sahaja STAM yang boleh menimbulkan kekeliruan apabila terlalu banyak badan yang menjaga sistem pendidikan di negara ini,”katanya.

Tambahnya lagi, pengurusan penghantaran para pelajar ini dilihat tidak adil apabila badan yang dilantik oleh kerajaan sebagai ejen atau orang tengah diberi kuasa mutlak dalam menentukan kelayakan pelajar yang layak melanjutkan pelajaran di universiti berkenaan.

“Ia bukan keputusan satu pihak semata-mata tetapi sepatutnya bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi di negara ini untuk mencapai satu tahap kelayakan bagi pelajar-pelajar ini. Cara ini juga baik bagi mengelakkan kekeliruan sistem pendidikan sekarang,” katanya.

(http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120819/dn_13/Kembali-semula-kepada-sistem-STAM—PKPIM)

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)