Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

HENTIKAN POLEMIK PELAKSANAAN MODUL HADIS 40

KENYATAAN MEDIA PKPIM

25 Ogos 2023, Jumaat

HENTIKAN POLEMIK PELAKSANAAN MODUL HADIS 40

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meneliti kekeliruan yang timbul terkait pelaksanaan modul penghayatan himpunan hadis 40 Imam Nawawi.

PKPIM menyambut baik usaha yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah penghayatan hadis 40 Imam Nawawi bagi menerapkan asas kefahaman agama dan keindahan akhlak Islam demi mengangkat martabat insan (karamah insaniah).

Pelaksanaan modul ini jelas tidak bercanggah dengan peruntukan perkara 3 Perlembagaan Persekutuan terkait kedudukan Islam sebagai agama persekutuan yang bukan sahaja mencakupi soal ritual semata tetapi turut melibatkan penghayatan Islam dalam kehidupan dan komuniti masyarakat.

Pelaksanaan modul ini juga adalah bersesuaian Bab 10, Seksyen 50 Akta Pendidikan yang memberikan ruang pengajaran agama di institusi pendidikan.

PKPIM menggesa seluruh rakyat menghentikan polemik terkait perkara ini dan bersama-sama menyokong sebarang usaha KPM ke arah pembentukan murid yang berakhlak mulia dan beretika luhur.

Akhirnya, PKPIM sedia bekerjasama dengan pihak KPM bagi memastikan penghayatan Islam yang syumul di institusi Pendidikan dalam direalisasikan melalui pelaksanaan Modul ini.

Ahmad Farhan Bin Rosli,

Presiden,

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)