Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

SERUAN SELAMATKAN MASJID AL-AQSA DAN TAPAK WARISAN DUNIA

PKPIM menyatakan kekesalan kami terhadap sikap dan tindakan para pemimpin Israel yang terus-menerus melakukan pencerobohan secara sistematik dan terancang ke atas bumi Palestin. Bukan sekadar itu sahaja, Israel kini sedang merencanakan usaha merampas Masjid al-Aqsa iaitu Tanah Suci ketiga umat Islam seluruh dunia, dan juga merupakan tapak warisan peradaban antara tertua di dunia.

Kami merujuk kenyataan Jeffrey Feltman, Ketua Jabatan Perhubungan Politik Pertubuhan Bangsa Bersatu (United Nation Department of Political Affair – UN DPA) semalam yang menggesa Israel menghentikan rancangannya untuk membina 1000 lagi penempatan baharu di Timur Jerusalem. Menurut beliau, pembinaan penempatan baharu ini adalah pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa dan kontradik dengan pelan “two-states solution”.

Dalam masa yang sama, usaha penggalian bawah tanah di dalam kompleks Masjid al-Aqsa sedang giat dijalankan oleh pihak Israel. Beberapa insiden pencerobohan golongan ekstrimis agama Yahudi ke dalam kawasan Masjid al-Aqsa juga semakin kerap berlaku. Lebih mengecewakan apabila pencerobohan ini direstui oleh pimpinan Israel dan disokong oleh pihak bersenjata Israel.

PKPIM mengutuk keras tindakan dan sikap angkuh para pimpinan Israel yang sesuka hati mencabuli undang-undang dunia. Sememangnya Israel terkenal dengan kesombongannya dan sewenang-wenangnya memperlakukan Palestin. Luka di hati masyarakat dunia masih belum sembuh pasca peristiwa serangan Israel ke atas Gaza beberapa bulan yang lalu, kini Israel mencipta onar lagi.

Pencerobohan seperti ini bukanlah kali pertama berlaku dalam sejarah Palestin. Pada tahun 1994, di Bandar Al-Khalil (Hebron), Masjid Ibrahimi telah dicerobohi oleh seorang pelampau Yahudi yang masuk ke masjid dan melepaskan tembakan rambang sehingga menyebabkan kematian puluhan jemaah yang sedang bersolat, manakala ratusan yang lain turut cedera. Apa yang berlaku kini, Masjid Ibrahimi di Bandar al-Khalil dibahagi kepada dua bahagian; satu bahagian untuk umat Islam, dan satu lagi untuk umat Yahudi.

Ini tidak dapat diterima akal. Orang Yahudi punya tempat ibadat yang tersendiri, mengapa menceroboh tempat ibadat penganut agama lain? Jelas, ini pencabulan terhadap prinsip dan hak kebebasan beragama yang sewajarnya dihormati secara bersama oleh seluruh penduduk dunia.

 

Justeru, PKPIM menyeru masyarakat Malaysia khususnya dan masyarakat dunia amnya, untuk bersama-sama bersatu menyelamatkan Masjid al-Aqsa dan mempertahankan hak kaum tertindas. Penjajahan Israel ke atas Palestin adalah tidak sah di sisi undang-undang, dan Kuasa Besar dunia hanya mendiamkan diri sahaja atas kezaliman nyata yang dilakukan. Justeru, kita sebagai rakyat dan penduduk dunia yang akan menghakimi Israel!

 

PKPIM dan seluruh badan gabungan kami juga menyatakan sokongan padu terhadap koalisi NGO-NGO Malaysia yang dibentuk untuk kempen Selamatkan al-Quds yang terdiri daripada pertubuhan antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis Permuafakatan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM), Aqsa Syarif, Aman Palestin, Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) dan lain-lain. Koalisi ini telah mengeluarkan kenyataan media mereka semalam dalam sidang media yang berlangsung di Wisma Bernama.

 

Dengan ini, PKPIM sekali lagi menyatakan sikap dan pendirian kami menolak sebarang usaha pembinaan penempatan haram Israel dalam kawasan Jerusalem. Kami juga menolak dan membantah tindakan pencerobohan golongan yahudi ke dalam kawasan Masjidil Aqsa dan usaha keji mereka melakukan penggalian bawah tanah di kawasan tersebut yang bakal merosakkan struktur tapak warisan peradaban dunia ini.

 

PKPIM sekali lagi menyeru masyarakat Malaysia menyokong usaha dan kempen menyelamatkan Masjid al-Aqsa dan mengenakan tekanan global terhadap Israel dan sekutu kuat mereka. Sekiranya sebahagian masyarakat Eropah dan Amerika Latin berusaha memberi tekanan dan memperjuangkan nasib rakyat Palestin, apakah kita masih terus berdiam diri?

 

Sesungguhnya perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan adalah tugas kita bersama. Palestin akan dibebaskan suatu hari nanti.

 

 

HIDUP BIAR BERJASA

 

 

Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh

Presiden

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

 

013-2775313/ fazrilsaleh@gmail.com

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)