Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

SAHABAT NABI SAW BUKAN ALAT POLITIK

Pada 11 Mei 2026, telah tular satu klip video seorang Ahli Parlimen yang mengeluarkan kenyataan yang salah dan berunsur penghinaan terhadap sahabat-sahabat Nabi SAW yang mulia, khususnya Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar RA. Kenyataan Ahli Parlimen ini, biarpun merujuk kepada keperibadian dua orang sahabat Nabi SAW tersebut di zaman jahiliah, adalah kenyataan yang menyalahi fakta dan tidak berasas sama sekali. Lebih malang lagi, kenyataan tersebut terus dipertahankan oleh beliau meskipun sudah mendapat teguran dan kritikan dari masyarakat.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius isu ini lantaran tokoh-tokoh yang dimaksudkan adalah sosok-sosok agung dalam sejarah umat Islam, yang wajar disayangi dan disanjungi oleh setiap Muslim. Kenyataan yang menyalahi fakta dan berbaur penghinaan terhadap mereka adalah isu sensitif dalam kalangan umat Islam bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

Lantaran itu, PKPIM menuntut agar Ahli Parlimen tersebut memohon maaf, bertaubat dan menarik balik kenyataan beliau tersebut memandangkan ia terpesong jauh dari fakta sebenar dan berbaur penghinaan terhadap para sahabat Nabi SAW.

PKPIM juga menggesa ahli-ahli politik agar tidak menjadikan para sahabat Nabi SAW yang mulia sebagai alat politik murahan sehingga mengabaikan ketulenan fakta yang akhirnya menatijahkan penghinaan kepada keperibadian mereka.

HIDUP BIAR BERJASA!

Amirul Firdaus bin Mosni
Naib Presiden Antarabangsa,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)