Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Respon PKPIM: Isu Nisbah Pelajar Wanita & Lelaki di IPT

Saban tahun Negara akan dikejutkan dengan isu nisbah tidak seimbang apabila bermulanya sesi kemasukan mahasiswa baru ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Hakikatnya, jumlah pelajar wanita meneruskan pengajian di IPT jauh lebih ramai berbanding pelajar lelaki sudah menjadi fenomena sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hal ini diakui oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mengatakan bahawa nisbah antara bilangan pelajar lelaki dan wanita di beberapa buah universiti untuk kemasukan sesi ini adalah sebanyak 30:70 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan 33:67 di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Walaupun terdapat pandangan yang mengatakan perkara ini tidak begitu membimbangkan tetapi jurang tidak seimbang bilangan antara pelajar lelaki dan perempuan akan memberikan implikasi jangka masa panjang sekiranya langkah-langkah kawalan dan tindakan bersepadu semua pihak tidak dilaksanakan.

Persoalan yang boleh diajukan disini adalah ke manakah perginya pelajar lelaki selepas mereka tamat menduduki Sijil Pelajaran Malasyia (SPM)? Tidak mustahil, majoriti pelajar lelaki ini berada dalam persimpangan selepas tamatnya alam persekolahan atau mereka ini mempunyai pertimbangan tersendiri dalam menentukan hala tuju samada terus menimba ilmu di menara gading atau membiarkan diri mereka hilang ditelan arus kehidupan tanpa mempunyai perancangan yang bersifat jangka masa panjang. Realiti hari ini di kampus, bagi pelajar lelaki yang mendapat keputusan yang baik dan diterima masuk ke IPT pasti akan mendapati diri mereka tenggelam di tengah ribuan pelajar wanita.

Justeru, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan dengan kerjasama pihak universiti perlu melaksanakan kajian khusus dalam mencari punca dan mencari kaedah penyelesaian konkrit dalam menyelesaikan persoalan ke mana perginya pelajar lelaki lepasan alam persekolahan ini. Memang benar sesetengah daripada mereka mengambil jurusan vokasional dan teknikal tetapi rata-rata mereka hanya sekadar mempunyai kelulusan sijil atau diploma. Malahan, terdapat juga sebahagian daripada golongan ini mengambil langkah memenuhi kekosongan tempat di pusat serenti berbanding peluang yang diberikan kerajaan untuk memasuki dunia kampus dan tidak kurang juga yang terus memasuki pasaran buruh sebagai tenaga kerja tidak berkemahiran tinggi.

Lebih malang lagi apabila golongan ini pada masa akan datang hanya kekal sebagai pekerja yang berpendapatan rendah kerana kegagalan mereka mengambil walaupun kursus kemahiran atau separa professional secara sambilan walaupun peluang sentiasa terbuka dengan kewujudan begitu banyak institusi swasta dan juga sokongan kerajaan dalam memastikan modal insan yang berkemahiran dan berpendapatan tinggi.

Sayugia, jika nisbah ini dibiarkan dan kehadiran 70 peratus pelajar wanita di IPT ini berterusan saban tahun, ianya pasti mendatangkan beberapa implikasi dan kesan buruk yang bersifat jangka panjang khususnya apabila golongan ini akan menguasai kerjaya professional dan jawatan penting dalam sector awam kelak. Dengan pendapatan yang lebih besar, keadaan tidak sekufu dalam alam rumah tangga juga akan berlaku dan akan menimbulkan konflik kekeluargaan.

Justeru, langkah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merangka program untuk menarik lebih ramai pelajar lelaki meneruskan pengajian di universiti bagi merapatkan jurang dan membaiki aliran nisbah tidak seimbang wajar disokong dan didokong oleh kesemua pihak. Selain daripada itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sebagai sebuah organisasi pelajar di peringkat kebangsaan konsisten dalam menganjurkan Program Menara Gading (PMG) diperingkat negeri dan kebangsaan di IPT-IPT terpilih di Malaysia.

Matlamat utama program tahunan ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan awal dan bimbingan tentang realiti kehidupan dan pembelajaran di alam kampus kepada para pelajar lepasan SPM dan STPM. Program seperti ini terbukti berjaya memandangkan kesemua peserta lelaki dan wanita yang mengikuti program ini telah menempatkan diri di alam kampus. Seharusnya, para pelajar di peringkat awal perlu diberikan pendedahan awal berkenaan alam kampus dan disuntik semangat mahu berlumba-lumba bagi menyaingi dan merebut kekosongan di IPT. Golongan ini juga perlu diberi dorongan motivasi berkenaan peri pentingnya penerusan pembelajaran di menara gading.

AHMAD FAHMI BIN MOHD SAMSUDIN
PRESIDEN
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
871112-11-5181
013-2226925

Sekretariat PKPIM Pusat,
Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7, Kampung Tengah,
Batu 6 1/2 , Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur.

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)