Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

RESOLUSI SEMINAR BAHASA KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

RESOLUSI SEMINAR BAHASA KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
GABUNGAN PERSATUAN PENULIS NASIONAL MALAYSIA (GAPENA) dengan kerjasama DBP

1. Mukadimah

Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan dalam Sistem Pendidkan Kebangsaan yang bersidang pada 28 Jun 2012 di Dewan Bahasa dan Pustaka serta dihadiri oleh 21 pertubuhan kerabat GAPENA serta 20 badan bukan kerajaan (NGO) lain-lain dan tokoh-tokoh perseorangan serta masyarakat awam sejumlah 250 orang telah dengan sebulat suara membuat ketetapan berikut:

2. Ketetapan-ketetapan

I. Bahasa:

i. Persidangan menegaskan bahawa sebarang ulangkaji sistem pendidikan nasional dalam negara mestilah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan Perkara 152 – bahasa kebangsaan, Akta 32 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan Akta Pendidkan 1961, Akta 550 Akta Pendidikan 1996 yang kesemuanya meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di dalam sistem pendidikan kebangsaan. Sebarang penyelewengan dari semua peruntukan ini adalah pelanggaran serius undang-undang negara, warganegara yang menganjurkan selain peruntukan ini adalah dianggap sebagai anti-nasional serta penjenayah. Jika pihak kerajaan yang menyeleweng dari peruntukan semua undang-undang mengenai perlaksanaan bahasa ini adalah tidak bertanggung-jawab, melanggar ikrar jawatan mereka dan wajib meletak jawatan dari pemerintahan negara.

ii. Falsafah pendidikan ‘bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaa’ mestilah dilaksanakan dengan sempurna kepada semua murid dan pelajar di dalam semua tahap persekolahan dalam sistem kebangsaan sehingga ke tahap fasih dan cekap. Adalah amat perlu kurikulum ‘bahasa lisan’ diadakan semula untuk memastikan pencapaian kecekapan yang patut dalam kalangan semua warga negara sebagai jati diri mereka.

iii. Kelulusan bahasa kebangsaan yang cekap mestilah menjadi syarat kelulusan mendapat taraf kewarganegaraan melalui cara ‘pendaftaran’ dan ‘kemasukan’. Kelulusan bahasa lisan yang fasih mesti menjadi syarat sebagai cara mendapat kewarganegaraan mengikut ‘kuat-kuasa undang-undang’ ketika seseorang warganegara mendapat kad pengenalan. Demikian juga kecekapan dalam bahasa Melayu mesti menjadi syarat kenaikan pangkat dalam khidmat awam.

iv. Pengantar bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mesti berlaku di semua tahap pendidikan termasuk tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi untuk menjadi bahasa jalinan perhubungan dan interaksi yang mantap dan berkesan di antara warganegara untuk menghapuskan masalah perhubungan dalam pelbagai tindakan resmi dan tidak resmi dan meneguhkan jatidiri.

v. Persidangan menolak usaha membuka sistem pendidikan ‘sekolah antarabangsa’ tanpa kouta, dan menuntut supaya semua pelajar Malaysia yang mengikuti sistem sekolah antarabangsa ini disyaratkan mengikuti Pengajian Malaysia seperti berlaku dalam IPTS dengan mencapai kecekapan dalam bahasa kebangsaan setaraf SPM.

vi. Persidangan dengan sebulat suara menolak sepenuhnya usaha pihak-pihak tertentu untuk menjadi ‘bahasa selain bahasa Melayu’ sebagai asas kemasukan ke dalam maktab perguruan, cadangan mengadakan pusat perguruan bahasa-bahasa lain dan juga tindakan mengeluarkan guru-guru bahasa kebangsaan yang tidak berbahasa mandarin dari sekolah SJKC, kerana segala ini adalah usaha-usaha jalan belakang untuk menegakkan bahasa lain setara dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

vii. Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka serta Institut Terjemahan dan Buku Negara mesti memperuntukkan kewangan yang cukup bagi membanyakkan penerbitan dalam semua bidang ilmu dalam bahasa Melayu sebagai mengisi keperluan dan menerapkan ilmu ke dalam semua lapisan pendidikan dan masyarakat, dan penerbitan itu mesti dianggap sebagai tanam modal untuk membina bangsa yang berilmu demi kemajuan bangsa dan negara pada masa hadapan seperti berlaku di dalam negara-negara ‘pasaran baru muncul’.

viii. Persidangan memperakukan penubuhan Majlis Pemantauan Bahasa dan Tindakan Bahasa Kebangsaan sebagai badan berautonomi oleh pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Akta Bahasa Kebangsaan untuk memastikan amalan dan kegunaan bahasa kebangsaan berlaku dengan meluas dan sempurna, pada sebarang masa dan tempat, dalam pelbagai bidang tadbiran, dagangan dan awam sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.

II. Kesusasteraan

i. Pendidikkan kesusasteraan kebangsaan mestilah dipertingkatkan menjadi satu mata pelajaran wajib sebagai usaha meneguhkan pendidikan bahasa Melayu dalam dasar MBMMBI dan meningkatkan kemahiran dan kefasihan dalam bahasa Melayu.

ii. Kementerian Pelajaran Malaysia dituntut menubuhkan mata pelajaran baru bernama ‘Rukunegara’ secara pengajaran ‘modular’ bagi menggantikan mata pelajar ‘tatanegara’, dan kursus baru ini mesti mengandungi mata pelajaran ‘sejarah’, ‘perlembagaan persekutuan’, ‘kesusasteraan’, ‘nilai-nilai dan etika nasional’ dan ‘kebudayaan pelbagai kaum’. Mata pelajaran ini wajib diikuti dalam semua jenis sekolah dari sekolah rendah sehingga ke tahap pengajian tinggi selama 15 tahun pembelajaran dan pengajian untuk memupuk patriotisme, kesatuan bangsa dan hubungan mesra antara pelbagai kelompok kaum bagi membina persefahaman antara kaum atau ‘intercultural understanding’.

III. Kebudayaan

i. Kebudayaan nasional berlandaskan Dasar Kebudayaan Nasional mesti ditafsir dalam bentuk kurikulum untuk menjadi mata pelajaran dalam semua tahap persekolahan di Malaysia untuk memupuk kesedaran kebangsaan, meneguhkan sistem negara dan melahirkan persefahaman antara warganegara Malaysia.

ii. Bentuk-bentuk seni dan budaya kaum-kaum di Malaysia dapat menjadi bahan pengajaran di dalam perlaksanaan mata pelajaran ‘kokurikulum’ dan pengajaran bahasa sebagai landasan estetika dan kesedaran kesenian yang lebih luas dalam kalangan para pelajar dalam semua tahap pendidikan.

iii. Pendidikan seni di sekolah wajib berlandaskan kebudayaan nasional dan penerimaan unsur-unsur dari luar berfungsi untuk memperkaya pencapaian kesenian itu.

Termaktub di Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur

Pada 28 Jun 2012

Datuk Wira Profesor Dr Abdul Latif bin Abu Bakar
Ketua Satu
Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA)
Merangkap Pengarah Seminar

(Disampaikan oleh Prof. Datuk Zainal Kling, kepada YB Dr. Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.)

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)