Pada 30 Mei – 1 Jun 2012, PKPIM telah menerima jemputan oleh pihak MAIS untuk bersama dalam Multaqa’ Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGOi) yang berdaftar dengan MAIS. PKPIM di wakili Setiausaha Agungnya saudara Mohd Shazni dan Exco Dokumentasi & Penerbitan Saudara Mohd Syahiran dalam Multaqa’ NGOi tersebut bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam.
Multaqa’ NGOi ini dirasmikan oleh Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Petaling yang kemudiannya diditeruskan dengan sesi dialog bersama pihak MAIS & Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Antara NGO Islam yang berdaftar di Selangor turut hadir iaitu, PEPIAS, ABIM Selangor, WADAH Selangor, PPIM, Muslim Care, PITAS, KELABING, Pertubuhan Hunafa’, MACMA, MIIM, PERKIM, MUAFAKAT, ISMA, Sahabat Hospital UM, Muballighat JAIS , PERKASSA, Belia Masjid, SHURA, PUM Selangor dan lain-lain lagi.
Fokus himpunan NGO Islam Selangor ini adalah untuk merancang trategi dakwah serta membahagikan fokus dakwah kepada kepada beberapa sekretariat seperti Belia/IPT, Fahaman Salah dalam agama, Gelajala Sosial, Wanita, Mu’allaf dan lain-lain.
Penerangan oleh Setiausaha Bahagian NGOi MAIS tenteng struktur oraganisasi
bahagian Riqab MAIS dan cadangan sekretariat pembahagian fokus Dakwah
Perbentangan cadangan rancangan sekretariat Belia/IPT yang oleh
Presiden PEPIAS,Sdr. Fawwaz
SUA PKPIM sedang memberi perhatian
Sdr Syahiran(Kiri) & Sdr. Edi , Setiausaha Agung PEPIAS (tengah)