Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM MAHU HAK KESELAMATAN KANAK-KANAK DIPELIHARA

KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)

29 MAC 2012 / 6 JAMADILAWAL 1433H

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) merujuk kepada peristiwa yang menyayat hati melibatkan kematian dan kehilangan kanak-kanak di Malaysia semakin membimbangkan. Selepas Negara dikejutkan dengan kes tragis adik Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang, tidak mustahil lebih ramai lagi anak-anak kecil yang diperlaku sekejam itu sekiranya beberapa langkah yang penting tidak diambil oleh semua pihak.

Justeru, di atas kebimbangan yang mendalam terhadap keselamatan kanak-kanak, PKPIM menyeru supaya usaha yang serius dijalankan untuk memelihara keselamatan dan hak kanak-kanak. Jika dilihat di dalam Konvensyen Kanak-Kanak yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 20 November 1989, Malaysia telah menerima pakai sebahagian perkara yang terkandung di dalam konvensyen berkenaan.

Perkara 19 jelas menyentuh soal perlindungan daripada penyalahgunaan dan pengabaian. Diterangkan bahawa sesebuah Negara hendaklah melindungi kanak-kanak daripada segala bentuk penganiayaan yang dilakukan oleh ibu bapa atau orang lain yang bertanggungjawab bagi jagaan kanak-kanak itu dan mewujudkan program social yang sesuai bagi pencegahan penganiayaan. Sungguhpun kanak-kanak belum mengerti apa-apa namun mereka sebenarnya mempunyai hak-hak yang perlu dipelihara oleh pihak yang sepatutnya.

Sehubungan dengan itu, PKPIM menggesa ibu bapa supaya tidak meninggalkan kanak-kanak bersendirian atau membiarkan mereka tanpa pengawalan. Kecuaian dan pengabaian seperti ini adalah merupakan punca utama kepada tragedi malang yang menimpa kanak-kanak yang tidak berdosa. Justeru, ibu bapa perlulah mencari alternatif bagi memastikan keselamatan kanak-kanak di rumah terjamin sekalipun terpaksa keluar bekerja. Penghantaran kanak-kanak ke rumah jagaan dan menggaji penjaga boleh dipertimbangkan. Apa yang diutamakan sekarang adalah keselamatan kanak-kanak hendaklah terjamin.

PKPIM juga menyeru supaya masyarakat jiran tetangga mengambil pendekatan ‘menjaga tepi kain orang’ dalam soal ini dan peranan organisasi sosial di peringkat komuniti boleh mengurangkan risiko jenayah di dalam komuniti. Sekaligus meningkatkan jaminan kanak-kanak dan warga sekeliling. Dalam pada masa yang sama, PKPIM melihat keberkesanan talian NUR 15999 yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu diperhebatkan lagi agar semua pihak dapat bersama-sama berperanan dalam usaha mengurangkan tragedi seperti ini.

Selain itu,penganjuran program-program sosial seperti Kempen Kesedaran Hak Kanak-Kanak, Bengkel Keselamatan Kanak-Kanak perlu diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mereka dapat bertindak sewajarnyaterhadapa masalah keselamatan, pengabaian dan penganiayaan kanak-kanak. Hal ini secara tidak langsung dapat memberi kefahaman kepada masyarakat umum tentang peri pentingnya memelihara hak kanak-kanak.

Kanak-kanak merupakan aset penting sesebuah keluarga sebagai pewaris yang akan menyambung institusi keluarga tersebut. Daripada institusi keluarga ini pula terbinanya komuniti masyarakat yang terlibat secara langsung dengan pembangunan Negara. Siapa tahu, kanak-kanak yang kita jaga dan pelihara hari ini akan melakar sejarah kegemilangan Negara di masa hadapan.

 

AHMAD FAHMI BIN MOHD SAMSUDIN
PRESIDEN
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
SEKRETARIAT PKPIM PUSAT,
Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7, Kampung Tengah,
Batu 6 1/2 , Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur.

 

Telefon: 013-2226925
Emel: fahmi.iium@gmail.com
Laman Sawang: www.pkpim.org.my

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)