Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM DESAK KK MART HORMATI SENSITIVITI UMAT ISLAM: ISU SANDWICH “HAM DAN CHEESE” PERLU PENJELASAN SEGERA

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius isu tular berkaitan penjualan sandwich “Ham dan Cheese” oleh rangkaian peruncitan KK Mart, yang telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Perkara ini menjadi sensitif memandangkan istilah “Ham” lazimnya dikaitkan dengan produk berasaskan daging khinzir, yang diharamkan dalam Islam dan syarikat penghasil produk tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

PKPIM ingin mengingatkan bahawa ini bukan kali pertama KK Mart terpalit dengan isu berkaitan ketidakpekaan terhadap sensitiviti agama Islam dan menganggap perkara ini sebagai satu bentuk kecuaian yang serius, yang perlu ditangani segera oleh pihak berkuasa agar tidak menimbulkan keresahan berulang dalam kalangan umat Islam. PKPIM ingin menegaskan beberapa perkara seperti berikut:

1.⁠ ⁠KK Mart sebagai salah satu rangkaian peruncitan utama di Malaysia perlu lebih peka terhadap sensitiviti agama, terutamanya dalam negara yang majoriti penduduknya beragama Islam. Penggunaan istilah “Ham” dalam produk makanan, walaupun mungkin merujuk kepada daging halal seperti ayam atau lembu, boleh menimbulkan kekeliruan dan kekhuatiran.

2.⁠ ⁠PKPIM mendesak KK Mart untuk memberikan penjelasan segera mengenai penjualan produk daripada syarikat yang tidak mempunyai SPHM dijual di beberapa premis mereka di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Malah, produk itu juga mempunyai logo halal yang dicetak di bungkusan tersebut. Ini merupakan suatu kesalahan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730], iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

3.⁠ ⁠PKPIM menuntut pihak KK Mart untuk memperketatkan pematuhan kepada piawaian halal yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, termasuk mendapatkan pengesahan sijil halal yang sah bagi semua produk yang dijual. Langkah ini penting untuk memelihara kepercayaan pengguna dan menjamin hak pengguna Muslim di negara ini.

4.⁠ ⁠PKPIM juga menyeru JAKIM dan KPDN untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap isu ini dan mengambil tindakan yang tegas bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang berkaitan halal.

PKPIM komited untuk terus membela hak dan sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia serta menyeru semua pihak untuk lebih berhati-hati dalam memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di pasaran tempatan mematuhi nilai dan prinsip masyarakat setempat.

HIDUP BIAR BERJASA


MUHAMAD ADIB IRFAN BIN FAZIL
Naib Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)