Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PERUTUSAN SEMPENA AIDILFITRI DAN MERDEKA 2012 M/1433 H

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

 

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!

Syukur ke hadrat Allah kerana kita berjaya menempuh akademik bulan Ramadan Kareem dengan penuh ketaatan dan ketekunan. Sesungguhnya, tiadalah hadiah kejayaan yang paling istimewa dan bermakna dari mendapat gelaran taqwa dari Yang Maha Pencipta.

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu, supaya kamu bertakwa.”
(Surah Al-Baqarah: 183)

Mendapat gelaran insan taqwa adalah misi utama Ramadhan. Maka, dengan iltizam dan tekad mencapai nilai taqwa yang sebenar adalah menjadi asbab kepada rasa istiqamah kita dalam menghadapi liku-liku ramadhan serta mengawal hawa nafsu dalam bulan tarbiah ini. Ketaqwaan inilah yang membawa kita terus istiqamah dalam menyongsong perjuangan yang serba mencabar ini. Perjuangan ini bukanlah mudah, pelbagai ujian keimanan mesti kita lalui sehinggalah ke tahap sa’atul ‘usrah yakni saat getir yang benar-benar menguji semangat pengorbanan sehingga pergantungan total hanya kepada Allah s.w.t.

Ingatlah bahawasanya kejayaan bagi seorang pendukung gerakan Islam bukanlah hanya di dunia semata-mata, namun kejayaan yang kekal abadi ialah di akhirat kelak. Semoga kurnia takwa ini akan mendorong kita untuk terus kekal berjuang meninggikan kalimah Allah sehingga terlaksana syariat-Nya.

Aidilfitri adalah manifestasi kepada kejayaan kita selama sebulan menyantuni tarbiah khusus yang disediakan khas oleh Allah s.w.t. kepada seluruh umat Islam. Hal ini merupakan nikmat sebenar yang tiada pada bulan-bulan lain. Justeru, kita digalakkan mengagungkan serta menyatakan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya,

“Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu.”
(Surah Al-Baqarah : 185)

Dalam mengisi makna Ramadhan dan Aidilfitri dalam kehidupan, kita diwarnai sambutan kemerdekaan di Malaysia. Sudah lebih 5 dekad kemerdekaan, pelbagai perubahan yang telah kita alami. Namun, adakah perubahan ini menjurus ke arah yang lebih baik dan membawa perubahan nilai spiritual insan? Satu persoalan yang kami lontarkan kepada warga Malaysia.

Pemugaran jiwa merdeka perlu dibuat dengan mengikis budaya penjajah yang masih terdapat dalam kalangan masyarakat di negara kita. Pendidikan kemerdekaan yang mengisi jiwa ta’dibi dalam kalangan generasi muda pada hari ini memerlukan hikmah orang tua dalam melaksanakannya.

Sesungguhnya, pengisian kemerdekaan harus difahami dalam konsep yang tidak hanya semata-mata terhad kepada usaha membangunkan prasarana ekonomi dan binaan mercu tanda serta monumen-monumen yang mengagumkan sahaja. Kemerdekaan ialah kebebasan menyuarakan pandangan tanpa rasa takut dan ditakuti, kemerdekaan ialah sikap positif pihak pemerintah mendengar pandangan rakyat, kemerdekaan ialah kehidupan yang tidak ada ancaman dan kemerdekaan adalah erti keyakinan terhadap keadilan undang-undang dan keluhuran perlembagaan. Kemerdekaan yang dikecapi perlu bermakna dengan kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental.

Kini Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya. Dalam kita menjalani ibadah puasa, secara tidak sedar kita telah mendidik diri dengan erti kerendahan hati, sabar menanggung ujian dan merdeka dari belenggu syaitan dan hawa nafsu. Oleh itu, momentum perubahan ini perlu diteruskan sehingga ke bulan-bulan seterusnya.

Dengan penuh sedar dan insaf, kami menyeru kepada seluruh muslimin dan muslimat khususnya warga jamaah sekalian untuk kita sama-sama menginsafi bahawa Syawal yang mendatang ini bukanlah tiket kepada kebebasan melakukan maksiat setelah diri kita terkunci selama sebulan Ramadhan. Sebaliknya, jadikanlah Syawal ini sebagai wasilah untuk kita makin mendekati Tuhan Rabbul Izzati setelah sebulan kita mendidik hawa nafsu untuk tunduk patuh kepada-Nya.

Jadikanlah Syawal ini sebagai jalan untuk kita meraih redha Ilahi dengan mengambil peluang merapatkan hubungan silaturrahim sesama umat Islam serta menjauhi segala perkara yang merosakkan kesucian sambutan perayaan ini.

Di kesempatan ini, kami menyatakan rasa keprihatinan terhadap mangsa-mangsa keganasan dan kezaliman di seluruh dunia terutamanya saudara kita di Myanmar, Selatan Thailand, Syria, dan Palestin. Sesungguhnya, rasa solidariti dengan perjuangan mereka yang tertindas kami doakan semoga kemenangan dan kejayaan pasti akan dikecapi akhirnya.

Akhirnya kalam, saya mewakili seluruh pimpinan PKPIM Pusat sesi 2012/2013 mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lafaz Minal Eidin Walfaizin wal Maqbulin dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 kepada seluruh sahabat-sahabat PKPIM, Badan Gabungan Negeri, Kampus dan seluruh mahasiswa di seluruh negara. Jadikanlah program ziarah menziarahi pada Syawal ini sebagai medium untuk meningkatkan hubungan baik sesama manusia.

Pimpinlah saudara-mara kita supaya sama-sama menghayati perjuangan Islam ini.

“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana kamu mahukan kesenangan hidup di dunia, dan janganlah mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai dari daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
(Surah Al-Kahfi: 28)

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Walillah-il-hamd.

‘HIDUP BIAR BERJASA’

Khairul Anuar Bin Abdul Manap
Setiausaha Agung,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),
Sesi 2012/2013

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)