Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Pembinaan Jiwa Merdeka: Misi Pencerahan-Pembebasan-Perubahan

Di atas runtuhan Kota Melaka,
Kita bangunkan jiwa merdeka,
Bersatu-padulah seluruh baka,
Membela hak keadilan pusaka.
     (Dr. Burhanuddin al- Helmi)

Tanggal 31 pgos 2012, genaplah 55 tahun negara Malaysia yang amat kita kasihi ini mengecapi kemerdekaan.   Kemerdekaan yang telah dicapai adalah kurniaan Ilahi yang begitu beharga, harus disyukuri dan dipelihara.  Kegagalan dalam mendepani gejala-gejala liberisasi negatif akan sekali lagi menjerumuskan  kita ke dalam kancah penjajah yang hanya bertukar wajah. Oleh sebab inilah pengajaran sejarah amat penting dalam kita memaknai makna kemerdekaan itu sendiri.

Islam dalam sejarah perjuangan kemerdekaan

Islam pada hakikatnya adalah agama pembebasan. Watak dan jati diri orang Melayu telah terbentuk dengan melalui proses yang cukup panjang, tahap demi tahap. Proses Islamisasi di tanah Melayu telah mentransformasikan Melayu dari bangsa terkurung  kepada bangsa  yang berfikir dan berjiwa kental. Penyebaran agama Islam di Tanah Melayu yang berlaku secara intensif  sekitar abad ke 13-15 M dilihat sebagai a liberating and enlighting foprce, di mana transformasi kemanusiaan dan revolusi kebudayaan berlaku dengan pesat .

Seperti mana firman Allah:
Dialah yang menurunkan ayat-ayat yang terang (Al Quran) kepada hamba-hambaNya untuk mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan sungguh terhadap kamu Allah Maha Penyantun, Maha Penyanyang (al Hadid :9)

Aspirasi keislaman adalah unsur yang cukup kental dalam perjuangan kemerdekaan. Apabila penjajah mula menduduki tanah melayu sekitar abad ke 16 Masihi, proses Islamisasi ini agak terganggu dimana berlakunya usaha-usaha untuk menjajah bukan sahaja aspek lahiriah, malah turut meracuni pemikiran peribumi supaya kita lemah dan mudah diperhambakan. Namun begitu, kesedaran Islam yang telah tertananam sejak berabad lamanya telah melahirkan gerakan perjuangan menuntut kemerdekaan yang bukanlah sedikit bilangannya. Wira-wira bangsa ini tidak pernah gentar, konsisten, dan rela mati memperjuangkan Tanah Melayu dari belenggu penjajahan. Hasilnya, tanggal 31 ogos 1957, kita berjaya mengecapi kemerdekaan yang telah diperjuangkan berkurun lamanya. Demikianlah hakikat risalah Islamiah yang dapat dirumuskan sebagai misi pembebasan dan pencerahan.

Era pasca merdeka: cabaran pengisiannya

Manusia berjiwa merdeka adalah adalah mereka yang sedar dengan martabat keinsanannya.  Seorang tokoh pemikir, Malik Bennabi ada mengungkapkan bahawa penjajahan bukan sahaja disebabkanoleh kebuasan penjajah, tetapi lebih disebabkan  oleh kerosakan masyarakat peribumi, iaitu masalah jiwa, minda dan budaya masyarakt yang menggamit, merangsang dan membuka ruang kepada penjajahan. Minda tertawan ini juga disebut oleh Muhammad Qutb sebagai kekalahan psikologi.

Krisis moral masa kini yang begitu kronik adalah adalah penyakit dalaman, kerosakan akhlak yang semakin hari semakin parah.Belia yang dikatakan berintegriti ialah mereka yang menjaga adab dan sahsiah diri dari pelbagai penyakit sosial seperti keruntuhan akhlak dan moral dan keterlibatan dalam jenayah. Sebaliknya, realiti hari ini menyaksikan golongan belia ini sering dikaitkan dengan penyakit-penyakit sosial seperti penyalahgunaan dadah, pergaulan tanpa batas, budaya hedonisme dan yang lebih memeranjatkan potensi amalan rasuah yang semakin meningkat. Meskipun permasalahan integriti tidak hanya berkisar di sekitar persoalan rasuah,  namun, sebagai pewaris kepimpinan mendatang, isu ini harus dipandang serius kerana ia dilihat sebagai inti permasalahan dalam kepincangan sosial, ekonomi dan politik negara pada hari ini.

Menularnya wabak ‘ jiwa hamba’ dikalangan generasi generasi kini juga dilihat begitu membimbangkan. Jiwa hamba yang dimaksudkan adalah jiwa yang lemah, penakut, tidak punya maruah dan kehormatan, rela dihina, mudah menyerah, hilang daya juang, tidak percaya diri, tidak punya wawasan dan cita-cita yang tinggi serta tidak mampu berfikiran kritis.

Apalah erti kemerdekan sekiranya rakyat peribuminya tetap berminda anak jajahan. Apa yang harus dilakukan? Prof Hussein Alatas ada menyorot isu the captive mind (minda tertawan) dimana beliau merujuk kepada kaum terpelajar peribumi yang terkurung dalam system orientasi barat hingga tidak mampu melepaskan diri daripada sudut pandang, persektif dan paradigma keilmuan barat.

JIWA MERDEKA: Pembinaan watak bangsa

Tokoh pendidikan tanah air, Pendeta Za’ba berpendapat formula penyelesaian kepada permasalahan ini ialah reformasi pendidikan , pemurnian dan penyegaran agama serta pembinaan budaya (watak bangsa) yang sihat. Self reform, dan hanya itulah satu-satunya jalan keluar. Apa yang diperlukan oleh sebuah negara merdeka adalh intelektual baru yang berjiwa merdeka, berminda terbuka, berfikiran kritis, objektif, mengakar, hadir di tengah-tengah kemelut ummat dan mencetus perubahan. Pembinaan model teladan yang baik sebagai transformational leader amat penting dalam merubah watak bangsa.  Tugas memperkasakan masyarakat bukan sahaja tugas ekslusif mana-mana pihak, tetapi adalah tugas yang perlu dijalankan peranannya secara kolektif dari semua dan perbincangan bersama perlulah dilestarikan supaya senantiasa dapat mengemaskini kekuatan dan meningkatkan pencapaian masyarakat.

Disediakan oleh,
Siti Nur Sakinah Binti Ahmad Budiman
Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)