Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Kuliyyah Tafsir Maudhu’iy Siri 63

[Kuliyyah Tafsir Maudhu’iy: Wahyu Sebagai Hidayah Ilahi]

Kuliyah Tafsir Maudhu’iy merupakan siri kuliyah tafsir tematik anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Kuliyah yang umum dan terbuka ini dipimpin oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, seorang tokoh pendidik, murobbi dan pimpinan gerakan Islam yang berwibawa sejak siri pertamanya pada tanggal 23hb Mei 1998. Tema-tema besar Al-Qur’an dibincangkan; iman dan taqwa, ilmu dan pendidikan, keadilan, sosio-budaya, ekonomi, dakwah, politik, kenegaraan dan sebagainya.

[Tafsir Maudhu’iy Menurut Ulama]

“Suatu ilmu yang mencakupi beberapa isu perbincangan mengikut tujuan-tujuan Al-Qur’an yang tertentu samada ianya dikaji dari sesuatu surah tertentu atau dari banyak surah dalam Al-Qur’an” – Dr. Al-Mustafa Muslim

“Tafsir Maudhu’iy cuba menggarap sesuatu surah seutuhnya, melakar gambaran menyeluruh dengan menghubungkaitkan segala aspek kesepaduan dan hubungan bahawa awalnya adalah pengantar dan penghujungnya adalah pembenaran kepada pengantar” -Syeikh Muhammad al-Ghazali

[Qaulan Sadida: Seruan Nurani]

Kuliyah yang sentiasa dinanti-nantikan oleh para penggerak harakah, akademia, mahasiswa, profesional, dan orang awam ini sentiasa memberikan ide segar dan sentuhan pencerahan kepada para pendengar. Atas kesedaran bahawa Al-Qur’an sebagai ‘qaulan sadida’ (kata-kata yang berat) yang pastinya sarat dengan nilai dan hakikat besar, Kuliyah Tafsir Maudhu’iy pimpinan Murobbi Ummat Dato’ Dr. Siddiq Fadzil ini memfokus kepada 2 perkara:

1. Al-Qur’an mesti difahami secara utuh dan menyeluruh dengan segala kesepaduan jurusannya untuk membina manusia dan membangun ummat;

2. Kesepaduan yang teanyam dalam jalinan pelbagai jurusan berupaya untuk membentuk struktur dan kerangka pandangan hidup (weltanschauung) manusia Islam.

[Majlis Ilmu: Panggilan Untuk Semua]

Mendokong prinsip pendidikan sebagai suatu proses pencerahan dan pemanusiaan; proses menghidupkan dan memaknakan; proses pengenalan dan pengiktirafan kepada penciptaan dan Pencipta, pihak penganjur menjemput hadirin hadhirat ke majlis ini.

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Ilmu Sebagai Kompas, Budi Sebagai Penawar

    Asasnya, dalam mencari lubuk lubuk pengetahuan, sememangnya kita diberi pilihan adakah kita mencari pengetahuan untuk menjalankan amanah tanggungjawab kita, sebagai khalifah, atau mencari cari harga [...]
    Read more

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)