Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

KENYATAAN MEDIA PKPIM: KERAJAAN TIADA SEBAB GANTUNG BIASISWA, KEGAWATAN EKONOMI BUKAN SALAH PELAJAR

jpeg

Kenyataan Media PKPIM
21 Januari 2016

KERAJAAN TIADA SEBAB GANTUNG BIASISWA, KEGAWATAN EKONOMI BUKAN SALAH PELAJAR

PKPIM merujuk kepada laporan oleh portal berita MalaysiaKini yang menyatakan bahawa Biasiswa JPA (untuk pelajar sarjana muda) dan bursari Kementerian Pendidikan (untuk pra-universiti) digantung atas faktor ekonomi yang merudum. (MalaysiaKini, 20 Januari 2016).

Menurut laporan tersebut, perkara ini telah disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong.

Berhubung isu ini, PKPIM menyatakan kekesalan dan rasa kecewa kami terhadap tindakan kerajaan yang memangsakan pelajar dalam menangani kegawatan ekonomi yang membadai negara dewasa ini.

Walau bagaimanapun, pihak PKPIM masih menunggu laporan dan berita lanjut berhubung perkara ini.

Tindakan menggantung biasiswa dan bantuan kewangan bursari kepada pelajar dengan alasan kejatuhan pendapatan negara adalah jelas tidak bertanggungjawab. Mengapa pelajar berpencapaian cemerlang yang merupakan aset penting pembangunan negara masa depan menjadi mangsa program “rasionalisasi” dan “penjimatan” kerajaan? Apakah perkara ini menjadi sebahagian agenda semakan semula Bajet 2016?

Justeru, kami mohon YAB Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia menjawab sendiri isu ini. Sekiranya benar penggantungan ini berlaku, diharapkan supaya YAB Dato’ Seri Najib insaf akan kegagalan beliau dalam mengurustadbir kewangan dan ekonomi negara.

Dalam perkembangan yang sama, kami bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Bukit Bendera, En. Zairil Khir Johari yang mengesyorkan peruntukan tinggi Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM 60.3 bilion disalurkan sebahagiannya kepada kepada Biasiswa JPA.

Selain itu, langkah-langkah mengatasi ketirisan dan keborosan dalam urustadbir negara adalah perkara utama yang harus difikirkan oleh kerajaan dalam mengatasi masalah pendapatan negara, bukan menggantung biasiswa.

PKPIM berharap isu penggantungan biasiswa ini mendapat maklum balas daripada pihak berwajib. Kami mohon Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Najib, Ketua Setiusaha Negara Tan Sri Dato’ Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal serta Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahazir Khalid memberikan kenyataan maklum balas berhubung perkara ini.
“HIDUP BIAR BERJASA”
Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

21 Januari 2016/ 10 Rabiulakhir 1437H

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)