Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Kebebasan dari ‘penjara’ AUKU makin menyerlah-Malaysiakini

Keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak sah mengikut perlembagaan kini mendorong mahasiswa untuk berusaha membebaskan diri daripada “penjara AUKU”.

Gabungan Mahasiwa Islam Semenanjung (GAMIS) berpendapat, keputusan itu menunjukkan kebebasan itu kini semakin menyerlah.

“Sememangnya AUKU tidak menyokong semangat perlembangaan persekutuan dan bercanggah dengan hak asasi manusia untuk bersuara, berhimpun dan menyertai kumpulan bebas,” kata presidennya Ahmad Syazwan Muhammad Hassan.

Dakwanya, walaupun AUKU berjaya menyekat mahasiswa berfikir dan terlibat dalam politik, mutakhir ini kumpulan itu tidak lagi takut berdepannya.

Ini dibuktikan dalam tindakan empat mahasiswa Universiti kebangsaan Malaysia (UKM) yang mencabarkanya di mahkamah yang menjadi sejarah baru dunia kampus.

Sehubungan itu, GAMIS berharap kerajaan menimbang supaya AUKU digantikan dengan akta baru yang “mempunyai roh dan semangat perlembagaan” dan menyunjung prinsip kebebasan bersuara dan berfikir mahasiswa.

“Jika ISA dihapuskan kerana desakan ramai dan tekanan awam,  maka AUKU juga sama. Sifat zalim dan menyekat AUKU adalah serupa dan senada dengan apa yang ada dalam ISA,” katanya.

PKPIM: Ambil pengajaran

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 15(5) akta itu sebagai tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.

Mahkamah Tinggi pada 28 September menolak saman pemula yang dikemukakan empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mencabar tindakan tatatertib terhadap mereka yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil pada April tahun lalu.

Sementara itu, presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menggesa universiti “mengambil pengajaran” ekoran keputusan mahkamah hari ini.

“(Universiti) perlu memberi kebebasan pelajar dan tenaga akademik untuk memberikan pendapat. Univerisiti perlu ambil pengajaran (ini),” katanya.

“AUKU sudah tidak relevan. Jika ISA mudah untuk perdana menteri mansuhkan, apatah lagi AUKU.”

Ahmad Fahmi juga berharap keputusan mahkamah hari ini diterima dengan lapang dada oleh pelbagai pihak dan tidak dipanjangkan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya minta UKM membuat dan tumpu kerja lain. Kita tidak mahu perkara ini dipanjangkan. Kalau boleh
selesaikan diluar mahkamah,” katanya.

Seksyen 15(5) memperuntukan bahawa pelajar atau pertubuhan pelajar tidak boleh menyatakan apa-apa jua sokongan/simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik, pertubuhan/badan atau kumpulan dalam dan luar negara.

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)