Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Hala Tuju Pendidikan Negara Bukan Ketentuan Mutlak ‘Orang Industri’

Lebih kurang sepuluh tahun yang lalu, terdapat sebuah makalah yang cukup penting dan begitu memprihatinkan tentang kondisi pendidikan dewasa itu, khususnya di Universiti; ditulis oleh Saravan Karumanan dan diterbitkan dalam Education Quarterly edisi Mei-Jun. Makalah bertajuk The Future is Here: The University of The 21st Century itu cuba mempamerkan gambaran umum tentang anjakan dan trend terkini.

Antara lainnya dinyatakan “jika dahulu ilmu pengetahuan mempengaruhi persekitaran, tetapi hari ini persekitaran mempengaruhi ilmu pengetahuan dan cara penyampaiannya; jika universiti zaman dahulu bercakap tentang ilmu, universiti kini bercakap tentang produk dan servis. Pelajar merupakan pelanggan mereka (universiti), dan pasaran kerja merupakan panel penilai keberkesanan mereka.”

Setelah lebih sepuluh tahun artikel ilmiah tersebut diterbitkan, ternyata ia merupakan suatu fenomena yang tidak dapat disangkal; pendidikan hari ini telah menjadi sejenis bisnes yang mula didominasi oleh ‘Orang Industri’.

Malah sektor pendidikan itu sendiri telah diberi label ‘industri’; yang tentunya memberi membawa implikasi penekanan kepada motif perekonomian (mencari keuntungan). Sesuai dengan konotasi kata industri itu sendiri sebagai perusahaan. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Dato’ Dr. Siddiq Fadzil pemakaian istilah industri pendidikan sebagai ‘pengkomoditian ilmu dan ilmuwan yang nilainya ditentukan oleh hukum pasaran; penawaran dan permintaan’.

Pendidikan di Malaysia juga pastinya tidak terlepas daripada tempias fenomena ini. Pengindustrian pendidikan di Malaysia yang begitu pesat dengan hasrat kerajaan menjadikan negara ini sebagai hub pendidikan dunia tidak wajar bermotifkan keuntungan ekonomi semata-mata.

Sehubungan dengan itu, dalam usaha kerajaan cuba menggubal halatuju pendidikan negara, adalah penting untuk diperingatkan tentang petaka yang bakal timbul ekoran kedegilan dan keengganan memahami makna pendidikan dan penerapan nilai-nilai sebenar pendidikan dalam tindakan dan dasar.
Tanpa berniat menafikan usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan mutu pendidikan di negara ini, penulis mahu menegaskan bahawa makna dan nilai pendidikan wajar difahami terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan dilakukan.

Falsafah Pendidikan Negara yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) seakan-akan diabaikan kini. Falsafah yang cukup sarat dengan nilai-nilai murni ini antara lainnya menyatakan:

“Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggngjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Jelas, Falsafah Pendidikan Negara memfokus kepada melahirkan manusia yang mempunyai keseimbangan intelek, spiritual, emosi dan fizikal dengan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ia juga berhasrat membina rakyat Malaysia yang faham dan menghayati lunas-lunas kenegaraan, yang bertanggungjawab dan berjasa kepada masyarakat dan negara.

Memang menghairankan, pendidikan, seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara yang sepatutnya berperanan mengembangkan seluruh potensi manusia, gagal berbuat demikian. Malah, perkara sebaliknya berlaku. Sepatutnya potensi manusia dikembangkan, tetapi apa yang berlaku, manusia sedanga di’nyah-manusiakan’. Manusia yang sepatutnya di’didik’ di institusi pendidikan rendah, menengah mahupun tinggi sudah diturunkan taraf kemanusiaan mereka. Memang aneh, pendidikan yang seharusnya bertumpu kepada kepada manusia (anak didik/murid/pelajar) dan bukan mesin dan barang seperti di kilang, sudah bertukar menjadikan manusia yang dididik seolah-olah mesin dan robot.

Ini jelas kelihatan dalam keghairahan pihak-pihak tertentu yang begitu gembira mengaut keuntungan melalui ‘industri’ ini tanpa memikirkan makna dan falsafah pendidikan yang sebenar. Malah, mungkin tiada istilah ‘falsafah pendidikan’ atau ‘makna pendidikan’ mahupun ‘nilai pendidikan’ dalam kamus hidup mereka. Yang penting, ‘duit’, ‘wang’, ‘keuntungan’. Dalam situasi ini, jelas sekali pendidikan yang mereka tawarkan telah hilang fungsi sebagai pemberi keadilan kepada masyarakat.

Situasi ini tepat menggambarkan kritikan Ivan Illich (1972): “Seseorang yang pergi ke sekolah, meningkat dari satu gred ke satu gred berikutnya, tamat sekolah, tetapi dia tidak terdidik.”

Sewajarnya, masyarakat bawahan mendapat keadilan untuk menikmati ilmu pengetahuan. Ilmu seharusnya mencerahkan, bukan memberi tekanan. Bebanan hutang akibat yuran pengajian yang terlalu tinggi terutama di IPTS mempamerkan hilangnya semangat sebenar pendidikan dan nilai-nilai bawaannya.

Pendidikan sepatutnya menentukan kehidupan, dan pendidikan juga merupakan proses penyelamatan. Seorang tokoh pendidik yang pernah berkhidmat dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (kini Kementerian Pelajaran Malaysia) jangka masa yang agak lama, Ahmad Mohamad Said (2002) dalam makalahnya bertajuk “Memanusiakan Pendidikan, Memanusiakan Kehidupan” dengan tegas dan yakin menyatakan manusia dan kehidupan dapat diselamatkan dengan mengembalikan pendidikan kepada peranan asal dan asasi.

Beliau menyimpulkan pendidikan sebagai empat bentuk proses: (1) proses pembinaan diri manusia secara menyeluruh, seimbang dan sepadu; (2) proses membangunkan nilai-nilai insaniah; (3) proses penyedaran; dan (4) proses menerapkan nilai-nilai murni dan luhur dalam diri agar terpancar kebaikan pada diri, manusia lain dan alam.’

Justeru, pendidikan kita tidak sewajarnya ditentukan secara mutlak oleh pasaran dan industri. Penulis rasa rakyat tidak menghalang kerajaan memohon pandangan orang industri dalam usaha menggubal halatuju pendidikan negara, tetapi pastikan dahulu orang-orang industri ini faham makna dan nilai pendidikan.

Pendidikan bukan alat memuaskan kehendak industri, pendidikan bukan semata-mata sekolah atau pusat latihan untuk pekerja-pekerja. Pendidikan adalah suatu yang suci. Pendidikan mengajarkan manusia memahami kehidupan, mengenali kehebatan perjalanan jagatraya, mengenang kehebatan Pencipta dan menghargai setiap detik di dalam kehidupannya.

Pendidikan mempunyai makna. Ia suatu yang suci. Jangan cemarinya dengan hawa nafsu dan kerakusan! Jangan cemarinya politik kotor dan murahan! Jangan cemarinya dengan kebudayaan asing yang tidak menguntungkan!

Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh
Penolong Setiausaha Agong 1
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)