Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

FORLOT : “Gagasan Islamisasi vs Dinamika Sains Sosial Moden”

Maudhuk diskusi kali ini bertitik tolak daripada persoalan sejauh mana ide proses pengIslaman Ilmu mampu menyelesaikan masalah umat. Tokoh-tokoh cendiakawan Muslim seperti Prof. Syed Naquib al-Attas dan Prof Ismail al-Faruqi serta ramai lagi; seakan-akan mencapai konsensus bahawa masalah sebenar kemunduran umat Islam ialah masalah ilmu. Justeru, dalam semangat dan citra Islami, gagasan Islamisasi ilmu diangkat sebagai cetak biru menyelesaikan kemelut sedia ada.

Namun, menjejaki era millenium kini, beberapa persoalan baharu timbul; sejauh mana kesan Islamisasi? Apakah wacana Islamisasi masih relevan? Kajian dan teori sosial Barat semakin hari semakin mendapat tempat, mengapa? Di mana peranan institusi pendidikan yang ditubuhkan bagi mendokong ide besar ini? Sains moden masih lagi mendominasi pentas keilmuan semasa, justeru apakah tradisi sains Islam sudah tidak berupaya? Islam sebagai agama yang punya prinsip-prinsip asas yang tidak berubah manakala sains dan kajian sosial moden sentiasa berubah dan dinamik, maka sejauh mana Islamisasi mampu mengakomodasikan dua unsur ‘saling bertelagah’ ini? Sejauh mana elemen westernisasi mampu dikekang dan agenda Islamisasi mampu berkembang?

Pastinya, sebelum diskusi dilanjutkan, dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan seperti di atas, ide Islamisasi itu sendiri harus difahamkan. Di sini, timbul lagi perbenturan antara mazhab-mazhab pendokong gagasan ini yang bakal mengheret diskusi ke satu sudut perbincangan yang mengujakan.

Justeru, melihat kepada ruang yang ada dengan sifat keterbatasannya; mengambil pendekatan pragmatik dan praktikal, Sekolah Massa: FORLOT menerpa beberapa aspek berkaitan katakunci berikut: ‘islamisasi’, ‘kehebatan sains Barat’, ‘pengaruh kajian dan teori sosial moden’, ‘keupayaan tradisi Islam’, ‘semangat zaman (spirit of the age)’, ‘upaya akomodasi’, ‘ilmu’, ‘pendidikan’, ‘guru dan pendidik’ dan ‘universiti’. Teori dan gagasan terkini yang berkait topik wajar dibahas dan didebatkan.

Diskusi dimulakan dengan aluan oleh moderator, Sdri.Amirah Binti Shaharin. Seperti tradisi FORLOT sebelumnya, moderator akan mengambil kesepakatan hadirin dan panelis untuk mematuhi dan menyemangati dua prinsip penting FORLOT iaitu: 1) FORLOT merupakan platform perbincangan yang bebas; 2) Segala pandangan, pendapat, aksi kritikan mahupun kecaman adalah dibenarkan tetapi mestilah berasaskan kepada ilmu dan hujah.

Tiga orang panelis ditampilkan iaitu Mohamad Razak Idris (Mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia), Saudara Wan Aimran Wan Kamil (pensyarah UKM) dan Saudara Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal (Himpunan Keilmuan Muslim).

Wan Ahmad Fahysal sejak awal lagi menyatakan pendirian faham Islamisasi beliau digarap dan dipengaruhi oleh karya-karaya Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Antara karya-karaya lumayan al-Attas yang harus dihadam dalam usaha memugar faham Islamisasi ialah Islam and Secularism, Risalah Untuk Kaum Muslimin, dan Prolegomena to the Metaphysics of Islam.

Bagi beliau, proses Islamisasi mestilah berlaku dulu pada ilmu, kerana masalah besar yang tama dihadapi umat islam ialah masalah kerosakan dalam pemahaman terhadap ilmu. Namun, Islamisasi merupakan suatau gerak daya atau proses yang pastinya memakan masa dalam mencapai tahap kesempurnaannnya. Beliau juga mendakwa, Islamisasi telah berlaku sedari zaman Nabi Muhammad SAW. Contoh yang paling nyata ialah proses pengIslaman itu berlaku pada bahasa Arab di mana selepas turunnya al-Quran, istilah-istilah tertentu telah berubah makna dan medan semantiknya menurut citra Quraniy.

Manakala, bagi Wan Aimran, beliau melihat pertembungan gagasan Islamisasi dengan sains dan kajian sosial Barat sebagai suatu yang tidak dapat tidak difahami oleh setiap Muslim. Bagi beliau, faham Islamisasi juga merupakan fardhu ain. Setiap Muslim harus memahami dan menyedari pandangan alam yang benar tentang kehidupan dan kejadian, dan berusaha mengembalikan segala keterselewengan kepada fitrahnya yang asal; dan ini merupakan suatu proses Islamisasi.

“gagasan Islamisasi merupakan suatu ide pembebasan yang mengeluarkan manusia daripada kejahilan dan kesombongan terhadap Tuhan kepada cahaya kebenaran dan ketundukan kepada Ilahi.”

Mohd Razak pula pada awal bicaranya mengalurkan usaha Islamisasi sebagai kerja-buat para reformis. Beliau menganggap Islamisasi sebagai proses peradaban dan program pembangunan semula masyarakat. Atas sebab berlakunya corruption of knowledge, para reformis bekerja keras melakukan integrasi ilmu, mengangkat Islam sebagai cara hidup dan menukar persepsi masyarakat terhadap agama itu sendiri.

Walau bagaimanapun, dalam pusingan forum seterusnya, berlaku sedikit pergeseran pandangan antara Wan Ahmad Fahysal dan Mohd Razak. Mohd Razak agak tidak bersetuju apabila Wan Ahmad Fahysal menafikan Prof Ismail Faruqi dalam usaha Islamisasi. Bagi Razak, al-Faruqi yang juga merupakan seorang syahid sangat banyak jasanya terhadap perkembangan intelektualisme Islam. Namun, Wan Ahmad Fahysal tetap dengan pendiriannya yang asal. Baginya, al-Attas telah meletakkan asas yang paling tepat dalam memahami Islamisasi yang sebenar. Ia harus berlaku dalam pemikiran, memurnikan pandangan alam, bukan dengan tindakan yang berasaskan pandangan dan agakan semata-mata.

Wan Aimran pula dalam ulasan beliau terhadap pertembungan Sains dan kajian sosial Barat yang dinamik dengan Islamisasi menyatakan ia merupakan pertembungan yang mutlak. Dinamika ilmu sains Barat yang mengisyaratkan perubahan tidak memberi makna perubahan itu suatu yang perlu dan lumayan, dan Islamisasi merpaka satu wahana yang mengekalkan unsur-unsur asas yang secara hakikinya pasti tidak akan berubah seperti hakikat kewujudan dan sebagainya.

Walaupun terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan ahli panel, wacana diakhiri dengan kesepakatan bersama oleh ahli panel dan para hadirin bahawasanya wacana Islamisasi harus mendapat tempat dalam platform diskusi-diskusi ilmiah di universiti mahupun di luar kampus.
Diskusi dihadiri oleh lebih 60 orang mahasiswa, pensyarah UIAM dan masyarakat luar kampus. Wacana berlangsung selama lebih dua jam dan rakaman wacana ilmiah ini boleh diakses di http://www.ustream.tv/channel/pkpim-media.

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)