PKPIM mengikuti perkembangan ucapan Yang Berhormat Dato Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir terkait Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 tiada perancangan daripada pihak kerajaan untuk memansukhkan auku. PKPIM turut cakna tentang pandangan sebahagian pihak tertentu terutama pandangan oleh beberapa Naib Canselor di beberapa buah universiti yang beranggapan auku tidak perlu dimansukhkan serta kekal relevan kerana telah melalui pindaan yang lebih fleksibel dan memberi sedikit autonomi kepada mahasiswa.
Walaupun auku telah melalui beberapa fasal pindaan akta, PKPIM mendapati terdapat kelopongan pada akta tertentu di dalam auku yang menyebabkan masih memiliki unsur kekangan terhadap autonomi kebebasan akademik, pentadbiran universiti dan mahasiswa seperti bahagian II (4) dan (4 A) bahawa menteri berkuasa melantik jawatankuasa orang atau badan penyiasat serta badan yang boleh menasihati terkait pelantikan pelantikan Naib Canselor Universiti. Pada akta ini, PKPIM melihat ia sebagai pintu yang bakal membuka kepada ketirisan pentadbiran universiti jika Naib Canselor yang dilantik memiliki kepentingan politik tertentu seperti mana yang berlaku kepada beberapa buah universiti awam.
Begitu juga terkait akta bahawa Naib Canselor boleh menggenakan tindakan tatatertib terus kepada mahasiswa jika pada hemat Naib Canselor mahasiswa tersebut telah melakukan sesuatu yang memalukan universiti, pada hemat PKPIM ia sebagai ruang yang menyekat kebebasan mahasiswa sebagai rakan usaha sama dalam membangunkan universiti apatahlagi ia dikhuatiri akan membuka ruang sebagai suatu bentuk halangan pada perkara-perkara yang termaktub dalam hak kebebasan rakyat di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Oleh itu dalam menanggapi isu auku ini, PKPIM menyeru kepada semua pihak terutama sekali pihak kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi untuk melihat isu auku ini secara koprehensif dengan tiga langkah yang boleh dicadangkan:
PKPIM sekali menegaskan untuk menjamin kualiti dan mutu pengajian tinggi di negara Malaysia tercinta ini, haruslah memilik sinergi daripada semua pihak dalam menggerakkan insitusi pengajian tinggi Malaysia ke arah mampu menjadi pusat kepada pembinaan ilmu kepada masyarakat.
HIDUP BIAR BERJASA!
Muhammad Syamil Bin Omar
Naib Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia