Bertarikh : 1 Februari 2024 (Khamis) bersamaan 21 Rejab 1445H
Hijab bukan hanya sekadar kain yang menutupi kepala, tetapi juga merupakan simbolik kepada kekuatan, kehormatan dan keteguhan iman seorang wanita bercitra islami.
Menyoroti sejarah pemakaian tudung di Malaysia, ia dicetuskan oleh aktivis wanita dari Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (HEWI PKPIM) dan Hal Ehwal Wanita (HELWA ABIM) pada awal tahun 1970-an yang telah memulai gerakan kesedaran pengamalan pemakaian tudung di universiti dan institusi pendidikan di Malaysia.
Walaupun mendapat tentangan dan sindiran dari berbagai pihak pada awalnya namun, revolusi ini memberi kesan yang menyeluruh dari pelbagai aspek kehidupan masyarakat dalam memaknai keindahan nilai-nilai Islam yang syumul.
Pengamalan pemakaian tudung bukan hanya menjadi sebahagian dari identiti sebagai wanita Muslimah, tetapi juga merupakan medium dakwah kepada masyarakat.
Bersempena Hari Hijab Sedunia ini, HEWI PKPIM menyeru wanita-wanita Muslim agar terus memperjuangkan hak dalam pemakaian hijab mengikut tuntutan Syar’i.
In the gentle sway of fabric, a veil becomes a symbol of strength. Selamat Hari Hijab Sedunia!
Hidup Biar Berjasa!
Nur Nadirah binti Hamdan,
Naib Presiden HEWI,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)