PKPIM menyokong usaha baik pihak Kementerian Pendidikan Tinggi khususnya YB Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi yang berusaha mengangkat Pengajian Melayu sebagai sebuah bidang dan disiplin ilmu yang strategik.
Pengajian Melayu amatlah penting untuk pembentukan dan pemeliharaan jati diri anak bangsa negara ini. Cabaran dunia tanpa sempadan kini menyebabkan usaha pembentukan dan pemeliharaan jati diri anak bangsa negara ini khususnya golongan muda perlu lebih diperkasakan.
PKPIM akan berusaha mempergiatkan lagi wacana pemikiran Melayu-Islam berlandaskan pemikiran ilmuwan tanah air dahulu dan kini, antaranya, Almarhum Prof. Dato Dr Siddiq Fadzil.
Sehubungan dengan itu juga, PKPIM mencadangkan agar idea mereka ini dimasukkan dan dibincangkan secara serius dalam sukatan pengajian Melayu di semua universiti awam. Pembentukan subjek elektif baharu tentang pemikiran mereka juga wajar dipertimbangkan.
Semoga usaha ini berjaya dan memberi manfaat bersama di samping memandu masyarakat ke arah masyarakat Madani.
Mior Muhammad Syahir Bin Zahari
Naib Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia