PKPIM MENYAMBUT BAIK HASRAT KERAJAAN MELAKSANAKAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)
13 Oktober 2023 | Jumaat
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik hasrat kerajaan dalam melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mengambil pendekatan modul berbeza daripada edisi sebelumnya.
PKPIM mendukung penambahbaikan modul PLKN kali ini yang akan melibatkan tiga fasa iaitu bermula di peringkat sekolah sehingga mereka berkhidmat di mana-mana agensi beruniform kerajaan.
Oleh itu, PKPIM ingin mencadangkan beberapa syor yang boleh ditambahbaik dalam kandungan modul PLKN 3.0 bagi melahirkan generasi belia yang berwawasan:
1- Penerapan elemen kerohanian dan integriti yang akan menatijahkan pengamalan tata kelola yang baik
2- Memfokuskan kepada pembinaan karakter budaya bangsa yang unggul dan menjiwai kefahaman patriotisme
Akhirnya, PKPIM mencadangkan agar pelaksanaan PLKN tidak dilakukan secara terburu-buru dan tidak dijadikan alat propaganda politik semata-mata kerana PLKN merupakan satu pelaburan jangka panjang dalam melahirkan belia yang menjadi aset kepimpinan negara masa hadapan.
Mohamad Luqman Hafiz Bin Md Hanif,
Exco Pembangunan Kampus PKPIM