Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

KENYATAAN BERSAMA GERAKAN MAHASISWA ISLAM MALAYSIA MEMBANTAH KEKEJAMAN TENTERA DI MESIR

KENYATAAN BERSAMA GERAKAN MAHASISWA ISLAM MALAYSIA MEMBANTAH KEKEJAMAN TENTERA DI MESIR
15 Ogos 2013 / 8 Syawal 1434H

Dengan penuh kesedaran dan rasa tanggungjawab, kami ingin menegaskan hasrat kami untuk memperjuangankan cita-cita mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan makmur berasaskan prinsip dan nilai keagamaan serta demokrasi tulen. Oleh itu, kami menyatakan rasa keprihatinan terhadap situasi politik di Mesir yang berlaku kini.

Dr. Muhamad Morsi pada Jun tahun lalu telah mengalahkan lawannya Ahmed Shafik, dengan margin 52-48 peratus untuk memenangi jawatan Presiden. Kemenangan beliau adalah berdasarkan prinsip demokrasi pilihanraya yang harus dihormati bersama-sama. Namun, langit tidak sentiasa cerah. Landskap politik Mesir telah dirosakkan oleh puak sekular dan zionis dengan menggulungkan Dr. Morsi sebagai Presiden. Pemecatan beliau dengan rampasan kuasa tentera adalah tidak wajar dan melanggar prinsip demokrasi.

Justeru, kami menegaskan bantahan terhadap rampasan kuasa dengan menggunakan kudeta tentera dan membantah tindakan keras tentera terhadap rakyat Mesir. Hari ini, seramai lebih 300 orang rakyat Mesir yang cintakan keadilan sudah dibunuh oleh tentera Mesir di Medan Rabaah Al-Adawiya. Kekejaman yang berterusan ini akan memberikan tekanan terhadap rakyat dan masyarakat seluruh dunia. Oleh itu, kami berharap agar pihak tentera Mesir dan As-Sisi menghentikan segala bentuk kekerasan yang tidak berperikemanusiaan dikenakan terhadap rakyat.

Selain itu, kami menggesa agar kerajaan Malaysia untuk menyatakan suara terhadap pembunuhan rakyat Mesir oleh As-Sisi dengan segera serta menyeru agar semua negara masuk campur untuk menegakkan keadilan sosial di Mesir dan memberikan tekanan diplomatik terhadap As-Sisi dan Barat iaitu Amerika Syarikat. Konflik di Mesir tidak akan reda selagi tiada tekanan dari pihak luar. Pihak tentera terus bersikap keras dan para penyokong Morsi pula bertegas tidak akan berundur walaupun peluru menghujani mereka.

Akhir sekali, kami menyeru semua mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia agar membaca Qunut Nazilah dan mengadakan Solat Hajat memohon pertolongan dari Allah s.w.t untuk menyelamatkan saudara kita di Mesir. Kami juga berharap agar media di Malaysia dapat memberikan informasi terkini yang berlaku di Mesir dengan adil. Semoga kezaliman yang bermaharajalela di dunia dapat dibanteras segera demi kesejahteraan umat.

Kenyataan Bersama oleh:

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Gabungan Maahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa)

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)