Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM Menghadiri Multaqa’ NGOi MAIS

Pada 30 Mei – 1 Jun 2012, PKPIM telah menerima jemputan oleh pihak MAIS untuk bersama dalam Multaqa’ Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGOi) yang berdaftar dengan MAIS. PKPIM di wakili Setiausaha Agungnya saudara Mohd Shazni dan Exco Dokumentasi & Penerbitan Saudara Mohd Syahiran dalam Multaqa’ NGOi tersebut bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam.

Multaqa’ NGOi ini dirasmikan oleh Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Petaling yang kemudiannya diditeruskan dengan sesi dialog bersama pihak MAIS & Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Antara NGO Islam yang berdaftar di Selangor  turut hadir iaitu, PEPIAS, ABIM Selangor, WADAH Selangor, PPIM, Muslim Care, PITAS, KELABING, Pertubuhan Hunafa’, MACMA, MIIM, PERKIM, MUAFAKAT, ISMA, Sahabat Hospital UM, Muballighat JAIS , PERKASSA, Belia Masjid, SHURA, PUM Selangor dan lain-lain lagi.

Fokus himpunan NGO Islam Selangor ini adalah untuk merancang trategi dakwah serta membahagikan fokus dakwah kepada kepada beberapa sekretariat seperti Belia/IPT, Fahaman Salah dalam agama, Gelajala Sosial, Wanita, Mu’allaf dan lain-lain.

Sesi Perasmian

Penerangan  oleh Setiausaha Bahagian NGOi MAIS tenteng struktur oraganisasi
bahagian Riqab MAIS dan cadangan sekretariat pembahagian fokus Dakwah

Perbentangan cadangan rancangan sekretariat Belia/IPT yang oleh
Presiden PEPIAS,Sdr. Fawwaz

 SUA PKPIM sedang memberi perhatian

Sdr Syahiran(Kiri) & Sdr. Edi , Setiausaha Agung PEPIAS (tengah)

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)