Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM UCAP TAHNIAH KEPADA SEMUA CALON SPM 2013

Perkampungan Menara Gading Kebangsaan (PKGK 2014) membina masa depan cemerlang mahasiswa

Perkampungan Menara Gading Kebangsaan (PKGK 2014) membina masa depan cemerlang mahasiswa

KENYATAAN MEDIA 20 MAC 2014

PKPIM UCAP TAHNIAH KEPADA SEMUA CALON SPM 2013

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengucapkan tahniah kepada semua calon yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2013 yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sesungguhnya, kami berasa bangga dengan kejayaan yang ditunjukkan oleh semua calon secara keseluruhannya.

Pada tahun 2013, seramai 479,395 calon mendaftar bagi menduduki SPM 2013 yang terdiri daripada calon-calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, MRSM, Sekolah Swasta, Sekolah Menengah Agama Rakyat dan calon persendirian. Jumlah calon pada tahun 2013 menunjukkan lebih ramai calon yang menduduki SPM jika dibanding 472,541 calon SPM pada tahun 2012.

Berdasarkan analisa keputusan SPM 2013 yang telah diumumkan, seramai 13,970 calon SPM 2013 mendapat keputusan semua A dengan nilai Gred Purata Nasional (GPN) 4.93 jika dibanding GPN 5.08 pada tahun 2012 yang mana rekod ini terdiri daripada calon sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan calon bukan sekolah KPM.

Bagi PKPIM, kejayaan yang dicapai oleh semua calon merupakan salah satu kejayaan semua ibu bapa dan para pendidik di Malaysia. Oleh itu, pengikhtirafan kejayaan ini juga diberikan kepada semua ibu bapa dan guru-guru yang telah berjaya mendidik semua calon untuk berjaya dalam peperiksaan tersebut. PKPIM berharap kejayaan yang diperoleh semua calon SPM 2013 terus konsisten hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Sesungguhnya, kejayaan ini merupakan tanda keupayaan para pelajar berjaya menjawab soalan-soalan yang dikemukan dan sekaligus membuktikan kejayaan tidak akan mustahil untuk dicapai dengan syarat menerapkan elemen perubahan sikap ke arah lebih baik serta kekuatan spiritual keyakinan kepada kuasa Tuhan.

Dalam sistem pendidikan di negara kita, SPM merupakan jambatan menuju ke alam Institut Pengajian Tinggi (IPT). Justeru, amat penting untuk semua bakal mahasiswa ini mendapat pencerahan berkaitan kehidupan sebagai mahasiswa di kampus kelak. Kehidupan di alam universiti merupakan kehidupan yang memaknai denyut nadi umat sebelum ke masyarakat kelak. Persediaan yang rapi bersifat fizikal, emosi, jasmani, dan rohani dalam menghadapi budaya materialisme, modernisme, serta hedonisme yang melampau kini perlu difahami dengan jelas.

Oleh itu, PKPIM dengan rasa berbesar hati menjemput bakal-bakal mahasiswa yang merupakan calon-calon SPM 2013 untuk bersama-sama menjayakan Perkampungan Menara Gading Peringkat Kebangsaan (PMGK 2014) yang merupakan medium selangkah ke menara gading yang akan berlangsung pada 10 sehingga 13 April 2014 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor. Bagi yang berminat boleh menghubungi pihak Sekretariat PKPIM Pusat di talian 03-6184 2286 atau melayari laman sesawang www.pkpim.org.my.

 

“HIDUP BIAR BERJASA”

KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP

Setiausaha Agung,

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

 

Kecemerlangan anda untuk semua

Kecemerlangan anda untuk semua

 

 

 

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)