Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Dato’ Saifuddin :Masukkan Gerakan Pelajar Dalam Sejarah Malaysia

PADA 29 Januari lalu, saya diberi penghormatan merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Kolej 12, Universiti Malaya (UM). PKPIM adalah wadah gerakan pelajar Islam negara terulung dan antara badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang paling aktif.

Saya antara ramai aktivis yang mendapat manfaat pendidikan dan latihan gerakan perjuangan dari segi idealisme, aktivisme dan intelektualisme daripada PKPIM. Saya mengikuti tarbiyahnya sejak di The Malay College Kuala Kangsar (MCKK), dari tingkatan tiga, dengan mengikuti program Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP), iaitu badan gabungan PKPIM, sehingga menjadi Penolong Setiausaha Agung KPIP Cawangan Kuala Kangsar ketika di tingkatan enam atas.

Penglibatan dengan PKPIM diteruskan semasa menuntut di UM, dengan menjadi Ahli Jawatankuasa sehingga Timbalan Presidennya. Selepas itu, saya diamanahkan sebagai Presiden/Pengasas badan gabungannya, iaitu Ikatan Pengkajian Islam Pahang (IKATAN). Selanjutnya, saya mewakilinya ke MBM sebagai Ahli Dewan Tertinggi, Setiausaha Agung dan Presiden.

Sejarah PKPIM dilakarkan dengan baik dalam buku tulisan Mohd Hilmi Ramli & Yusni Yussof (2009), PKPIM 5 Dasawarsa. Ia menggariskan objektifnya, budaya gerakan yang diamalkan dan orientasi gerakan yang menjadi kerangka gerak kerjanya. Ia juga menganalisis setiap satu daripada lima dasawarsanya, termasuk kejayaan yang diraihnya dan tribulasi yang diharunginya.

Menurut Datuk Dr. Siddiq Fadhil, mantan Presiden PKPIM dan ABIM, PKPIM punya komitmen perjuangan Islamiyah dan cita-cita harakah yang tinggi, yang berasaskan ajaran al-Quran dan Sunnah, serta ketangkasan menangani tuntutan zaman dengan menggarap dinamika kemahasiswaan yang bersemangat waja dan bertenaga raksasa.

PKPIM tidak datang dari kerajaan, tetapi sebaliknya datang dari kerakyatan, iaitu generasi yang tercerah, yang merupakan elemen yang sedar dari masyarakatnya, dan yang menjadi ejen perubahan yang bersifat transformatif.

PKPIM telah melahirkan seangkatan pemimpin masyarakat dalam pelbagai bidang: politik, pentadbiran, pengurusan, perniagaan, perbankan, pendidikan, profesional, media, kesukarelaan, masyarakat sivil dan sebagainya.

PKPIM adalah sebahagian daripada gerakan mahasiswa/belia yang telah memainkan peranan dan memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan negara dalam pelbagai bidang. Justeru, sudah sampai masanya ahli-ahli sejarah memasukkannya dalam penulisan sejarah Malaysia.

Gerakan mahasiswa/belia telah memberikan sumbangan yang besar dalam pelbagai bidang pembangunan negara, iaitu daripada bakti yang dicurahkan secara kesukarelaan.

Di samping itu, ia juga menggunakan orientasi advokasi, iaitu dengan bersuara, menyampaikan pandangan, mempengaruhi pendapat khalayak serta menggerakkan dan melahirkan atau menyebabkan lahirnya beberapa dasar dan program pembangunan negara. Antaranya ialah:

* Cadangan mewujudkan Dasar Belia Negara pada 1985 dikemukakan oleh MBM ketika masih dianggotai oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia (PKPM).

* Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Universiti Malaya digerakkan, antara lain, oleh Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya .

* Idea penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diutarakan, antaranya, oleh PBMUM dan PKPIM.

* Penyediaan biasiswa dan bantuan kewangan serta kelas bimbingan untuk pelajar Melayu, dan kini diterjemahkan sebagai sistem baucer kelas bimbingan, dicetuskan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

* Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Bank Islam mula-mula dicadangkan oleh PKPIM dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

* Dasar penerapan nilai-nilai Islam adalah sambutan kerajaan terhadap gerakan dakwah oleh belia dan mahasiswa Islam yang dipelopori PKPIM, ABIM dan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di universiti-universiti.

* Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada tahun 2009 banyak digerakkan oleh pelbagai organisasi mahasiswa dan belia, termasuk PKPIM sebagai yang paling lama dan konsisten memperjuangkannya.

* Dasar kerajaan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan pada bulan Julai 2009, antara lain, terdapat saham perjuangan mahasiswa dalamnya.

Malangnya, peranan dan sumbangan itu tidak dimasukkan sebagai sebahagian daripada sejarah Malaysia. Malahan, terdapat pihak tertentu yang menafikan peranan dan sumbangan tersebut. Contohnya, terdapat pihak yang melabelkan sesetengah aktivis mahasiswa/belia sebagai trouble makers, memperlekehkan mahasiswa/belia, tidak mengiktiraf suara dan bakat mahasiswa/belia dan sebagainya.

Perkara ini mesti dibetulkan dan direkodkan dengan tepat. Bagi memulakan inisiatif memasukkan peranan dan sumbangan gerakan mahasiswa/belia dalam sejarah Malaysia, saya telah mengumumkan projek Penulisan Sejarah Gerakan Mahasiswa/Belia. Ia diketuai oleh Prof. Dr. Mohd Redzuan Othman, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Beliau akan mencadangkan ahli-ahli panel projek tersebut, kandungan projek, tempoh masa projek dan peruntukan yang diperlukan.

Projek ini adalah sebahagian daripada langkah kerajaan mengiktiraf peranan dan sumbangan gerakan mahasiswa/belia; serta memotivasi gerakan mahasiswa/belia hari ini dan akan datang untuk meneruskan perjuangan pembangunan negara.

Datuk Saifuddin Abdullah

ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

http://www.saifuddinabdullah.com.my/post/2011/02/02/Masukkan-gerakan-pelajar-dalam-sejarah-Malaysia.aspx

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)