Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

WARKAH KHAS PRESIDEN PKPIM SEMPENA MUKTAMAR PERSATUAN PELAJAR ISLAM KELANTAN

“Selamat Maju Jaya PPIK: Gigih Bina Mujahid Dakwah”

1- Assalamualaikum wbt. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, wa solatu wa salamu ‘ala asyrafil anbiyai wal mursalin, wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’in.

2- Segala puja puji bagi Allah Tuhan sarwa alam, Yang Maha Mengetahui akan apa-apa yang berlaku sama ada di langit, di bumi mahupun di antara keduanya. Tuhan Yang Mengetahui apa-apa yang terlintas dalam hati sanubari hamba-hamba-Nya, Tuhan Yang Mengetahui apa yang bakal berlaku bagi masa hadapan hamba-hamba-Nya.

3- Selawat dan salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, pesuruh Allah yang mulia, yang sentiasa mengingat akan kita sebagai umatnya, yang sanggup bersusah payah demi kemaslahatan kita semua baik di dunia ini dan di dunia akan datang.

MUKTAMAR SEBAGAI MEDAN MUHASABAH

Saudara-saudara,

4- Dalam kesempatan ini, saya mewakili para pimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PPIK) merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah atas penganjuran Muktamar Sanawi PKPIM bagi sesi ini. Selamat bermuhasabah dan bermuktamar!

5- Muktamar adalah umpama hari raya bagi kita. Dalam perayaan ini ada dua unsur penting yang kita wajar semangati: i) Ukhuwah, ii) Muhasabah.

6- Seperti yang kita sedia maklum, muktamar adalah acara tahunan yang penting bagi kita sebagai anggota gerakan. Muhasabah adalah proses yang tidak boleh ditinggalkan kerana sebagai insan biasa, sudah pasti kita ada melakukan khilaf di sana-sini.

7- Justeru, proses muhasabah secara kolektif adalah perlu dalam usaha mengorak langkah maju ke depan.

8- Walau bagaimanapun, muhasabah yang berkesan hanya akan berlaku apabila berlakunya komunikasi yang baik. Komunikasi yang baik bermula dengan ukhuwah dan persaudaraan.

Saudara-saudara yang budiman,

9- Marilah kita merenung secara bersama akan firman Tuhan:

“Karana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.” (Surah Ali Imran:159).

10- Sesungguhnya, bermusyawwarah adalah salah satu suruhan Tuhan dan bagi yang melaksanakannya dengan niat yang ikhlas dan betul akan menjadi ibadah di sisi Allah s.w.t.

11- Saya menyarankan kalian supaya mengambil semangat ayat di atas dalam pelaksanaan urusan muktamar kalian:

i) Lakukan persiapan teknikal sebaiknya;
ii) Saling memaafkan dan kukuhkan ikatan persahabatan;
iii) Beristighfar serta lakukan solat taubat, istikharah dan solat hajat samada sebelum atau selepas muktamar;
iv) Bermusyawwarah dengan terbuka, transparen dan dalam masa yang sama menjaga adab dan tatasusila.

12- Saya mengharapkan kalian beroleh manfaat daripada muktamar kali ini. Juga yang kita harapkan adalah berkat dan rahmat Tuhan dalam kesepakatan kita.

Selamat maju jaya! Selamat bermuktamar!

MOHAMMAD FAZRIL BIN MOHD SALEH
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

24 Januari 2015/ 03 Rabiulakhir 1436H

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

    Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا [...]
    Read more

    PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

    PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang [...]
    Read more

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)