Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

TPPA BAKAL ANCAM PELUANG PEKERJAAN GRADUAN

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengikuti secara minat mengenai penglibatan Malaysia dalam TPPA (Trans-Pacific Partnership Agreement). Penglibatan negara sejak tahun 2010 bakal melalui siri rundingan yang ke-18 di Sabah dan dijangka akan ditandatangani seawal bulan Oktober ini.

Kami melahirkan kebimbangan kerana perjanjian yang penting ini tidak dibincangkan isi kandungannya kepada masyarakat awam. Kami tidak bersetuju dengan pendekatan ‘kerajaan sentiasa betul’ dan memaksakan kepada rakyat Malaysia satu perjanjian yang sangat diragui. Ini kerana kami sudah menyelidik pelbagai bantahan baik dari dalam atau luar dan ternyata TPPA ini lebih banyak mendatangkan keburukan baik dari sudut ekonomi, politik dan sosial.

PKPIM mahu kerajaan memberi perhatian berkenaan klausa dalam perjanjian di mana rakyat negara asing yang juga terlibat dalam TPPA boleh bekerja di Malaysia tanpa sekatan. Malah syarikat antarabangsa juga boleh mengambil pekerja asing tanpa perlu memenuhi kuota pekerja tempatan seperti yang dikenakan kepada mereka sebelum ini.

Perjanjian ini bakal memburukkan lagi situasi pengangguran di Malaysia di kalangan graduan universiti. Ini kerana sukar bagi mereka bersaing dengan pekerja asing yang sanggup dibayar gaji yang lebih murah. Malah pekerja asing yang lebih mahir dan berpengalaman dari negara maju dalam TPPA juga bakal merampas peluang pekerjaan daripada pekerja mahir tempatan. Kami juga tidak bersetuju dengan pandangan bahawa orang  Malaysia juga boleh bekerja di negara lain kerana hakikatnya majoriti graduan mahu bekerja di dalam negara dan mahu berkhidmat demi kemajuan negara tercinta ini.

Oleh itu, PKPIM menggesa kerajaan menilai kembali penglibatan negara dalam TPPA. Ini adalah untuk melindungi kepentingan graduan dan anak muda. Ianya juga dapat mengelakkan berlakunya gejala sosial yang meruncing kerana pengangguran anak muda. Adalah lebih baik sekiranya Malaysia keluar dari TPPA sebelum terikat dalam perjanjian yang bakal mengancam generasi masa hadapan.

MOHD SYAZWANNUDDIN SHAHARUDDIN
Exco Pendidikan dan Penyelidikan
PKPIM sesi 2012/2013

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)