Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

TNK’13 : MAHASISWI MANDIRI, BIJAK SYAR’IE

tnk

Dalam kancah masyarakat yang sarat dengan cabaran pemikiran, mahasiswi sebagai golongan terdidik harus bangkit untuk membina jati diri dan membangun potensi diri. Seramai 70 orang aktivis mahasiswi dari seluruh pelusuk tanah air telah berkumpul di Chalet D’ Sg. Lepoh, Ulu Pangsun menghadiri Tamrin Nisa’ Kebangsaan (TNK) 2013 yang dianjurkan oleh Majlis HEWI Kebangsaan (MHK) PKPIM Pusat. Objektif utama TNK’13 adalah untuk membentuk kerjasama berpasukan di kalangan pimpinan PKPIM Pusat dan peringkat kampus serta badan gabungan negeri.

TNK’13 menjadi wadah kepada pimpinan mahasiswi untuk bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan permasalahan berkaitan aqidah dan fiqh wanita. Ustazah Aminah Zakaria (Tokoh Pendakwah Peringkat Negeri Selangor 2013 yang juga merupakan Mantan Naib Presiden HELWA ABIM Pusat) berbesar hati untuk menyampaikan ucaptama. Beliau menekankan para pimpinan HEWI untuk memantapkan ilmu agama dengan mencari mursyid dan mursyidah yang boleh membimbing ke arah yang lebih baik. Selain itu, beliau turut memperingatkan agar memanfaatkan jaringan yang telah terbina untuk mengerakkan misi ‘amar ma’aruf wa nahi munkar.

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)