Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

SYARAT PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO “20 TAHUN PEPIAS”

1. TUJUAN

Logo ini akan menjadi Logo Rasmi Sambutan Pelancaran 20 Tahun PEPIAS.

2. HADIAH

Pemenang Utama akan menerima hadiah MISTERI dari pihak penganjur.

 

3. SPESIFIKASI LOGO

1. Logo yang direka hendaklah menggunakan grafik computer dan disimpan dalam fail asal (softcopy) dalam bentuk jpeg (CD) atau dalam bentuk hardcopy pada kertas bersaiz A4.
2. Peserta hendaklah menyertakan penerangan dan rasional rekaan logo yang dicipta sama ada bentuk/warna/simbol yang terdapat dalam logo tersebut.
3. Maksimum penggunaan warna yang dibenarkan hanyalah 4 warna sahaja.
4. Logo yang dicipta mestilah asli (tidak ditiru daripada mana-mana sumber) dan tidak boleh mengandungi sebarang unsur yang mengganggu sensitiviti mana-mana kaum, agama, dan budaya.
5. Logo tersebut hendaklah mempunyai simbol/lambang/perkataan yang melambangkan PEPIASdan logo tersebut wajib berteraskan konsep “20 tahun PEPIAS”.

 

 

 



4. SYARAT PENYERTAAN


1. Terbuka kepada semua.
2. Penyertaan boleh dibuat menggunakan borang penyertaan.Penyertaan adalah percuma dan setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) logo ciptaan. Satu (1) borang penyertaan untuk satu (1) logo.
3. Peserta hendaklah memastikan keaslian logo dicipta terpelihara. Pihak urusetia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan daripada pihak ketiga keatas hak ciptaan logo.
4. Setiap penyertaan logo tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hakmilik sekretriat.
5. Pihak urusetia juga mempunyai hak untuk mengubah logo yang direka oleh peserta
6. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungjawab peserta sendiri.
7. Semua penyertaan hendaklah ditulis dengan jelas dan borang penyertaan boleh didapati di laman web www.persadapepias.blogspot.com

 

 

 




5. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

1. Keputusan yang dibuat oleh pengadil adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
2. Hanya seorang pemenang akan dimaklumkan secara rasmi oleh Urusetia pertandingan.
3. Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep, kreativiti dan keaslian oleh Pengadil yang dilantik oleh Urusetia.

 

 

 

6. PENGHANTARAN PENYERTAAN

Penyertaan hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

 

Urusetia Pertandingan Mencipta Logo 20 Tahun PEPIAS

Sekreteriat PEPIAS – ABIM Gombak,

Jalan Dato’ Haji Kaharuddin,

Kampung Changkat,

Batu 6 3/4,

53100 Gombak,

Selangor Darul Ehsan.

No. Tel /Faks : 03 – 6184 2943

Laman Sesawang : www.persadapepias.blogspot.com

Email : pepias@yahoo.com

 

7. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Tarikh tutup penyertaan adalah pada Sabtu, 5 November 2011 sebelum jam 12.00 malam.

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO 20 TAHUN PEPIAS boleh didapati daripada Syaifusyafiq 0132557442 / Siti Nadia (Nana) 0193493110

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)